Jom Tengok EXAM Result !

Huarrgghh ! nasib baik ada aplikasi ini , 
see the exam result that I wonder was :


tak ada lah bad sangat... Just Add Math tuh ? aku tak tahu nak buat macam mana dah...
stop .. stop ! tak tahu ? ? *kau yang buat-buat tak tahu adalah...*
banyak cara yang boleh dibuat... since tahun depan dah nak SPM ...glluupps ! seramnya ! grrrr ! =_=
So , more hard doing homeworks sayang ! 

dah puas tengok result aku , hishh , takkan korunk tak nak tengok result korunk kot...
Jom sini aku tolong bagi guide link !
Lets do Now !
  • Click Link http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  • So , nanti akan keluar macam dekat bawah ini :


  • Masukkan korunk punya : No.IC / Tick Sekolah Rendah Or Menengah / click SEMAK LAPORAN !
  • Bila dah masuk ke laman tersebut , nanti akan terteralah korunk punya 

  • Pilih jenis peperiksaan dan tekan Papar markah peperiksaan !

So , terpaparlah korunk punya Result tuh ! amcam puas hati ? ? 
kalau tak puas hati ... belajar rajin-rajin ... jangan cakap aje... tapi DO IT 


Freebies : Images For Header Part 2


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLnjElT5kHy1UqwrzVQp6tJQsjYHjBnncJn8TRtVnL9pkK5kZsM2o7L5BTYhKPqVnyKDWawzwSdIapcdqsqYM9YGAFJ6IxVrWKh_pNIK9c1KNnXMQVtOth5-CCwuUwqhw9eWr4_D-D8oaI/s320/227097_222069304486191_204690946224027_906205_5843520_n_large_large.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbbnmuKAaVAU0a_vmlXyqtptLfe3JalLmqok1Kr7f5AiN3Eg1jDUOf0n_f5oconPIwaSi2NvdDlRFJ98HiEaLREy-U_RwY5qXsH_hiYw9TAO_GtxAb1EJAtykQJ4SgNFB40hka7H6F-w2f/s1600/2312486513_88abbb83fc_m.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj3ApR4BuFmsopk2nDNhI4uUGJPEQFt-n29tbB8NCgIwvDv3fEDQjvbU_eTlfBErKkkO78ziCk8jJHnOZykhanV9YS0hFTS7g8yomK_T9AqpjX9YIWShkoZlJL2-5kAeRLAdYxMaLJ_I38/s320/floral-girl-vector-graphic.png

Ehh , dah ambil , tinggalkan komen yer.. :)


Freebies : Images For Header Part 4




Freebies : Images For Header Part 3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtZUMfFs0o6Fa2gW3ksupvhG9FNCiA2ixrZFWs0fEWa9Caata3wonD8NwJKETq_OY_S-RQmejysssruwepd-xsBVyN-AVVvUCKIvfl_uIMMFxdcu6vRnkVMUls8IKPfxcC_qbgwDLOhjA/s320/kissy1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglNaDjZq7e2c2BGXwjCsPzyKIt-9L0nslpYD7U5XhNc3u95NFSREk9_zedbKlci8mLPv1b4hpBVCQjHIE8KzCuCkFjvbh05VAnfKit90xpEEDDidDV8WIMnSlDLG06V6GBDdgBG6_FP0s/s320/kissy2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1HwQ-YV3M-_ExlCyfyQBpa-Csf2oMkoTnjZGeWCUrqOJffJDfBTVEFRkMMxzpJFsIoxGvxZhv-84T8FPMatmzRVoCfcNdzZ8KiboF7pCt5MjOJG7XTpRYHeivXlyIfrwD0AgGYmAWbMI/s320/kissy3.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXeZYxPqvr8R0cjMhElq6avJzpTFZFTOqQn8PVndSrBMi0WDXChTkXXPMh9nAV9VS4i4b2g71s3lNN7nOxgHaov9SY2KZT12j0SlDr-Em0VgViD92LPrP_kV8jS2nEEoqDoZHiStyNq5U/s320/kissy4.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-xVZkHjjWCRapMW03J-hNW4M8NKarXmIozQeyYsMaSmd_SWE0Uwv6LJRfx6SAMjT6zVBxkN8Ur1R2gDrjhMaB_Gviu26gRagNLnCnnG3ijnJXELoKqMYuKr4PakhchxU5qnO8jd_YKKo/s320/kissy5.png
Ehh , dah ambil , tinggalkan komen yer.. :)


Freebies : Images For Header Part 1


Wee , buka blog sambil usha-usha shoutbox Nurrul
yang semakin hari semakin kecil tuh , terbaca pula request dari seorang blogger yang suruh aku carikan Images For header..jadi untuk tidak menghampakan si dia .. Carikan jugalah...
 Actually , images yang aku dapat nieh daripada Mr. Google.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-qpGOUy-BFCtIWUgCiQrfPv_ulBoPCawe8vqphC5H1-4xQtFBGF9tisJ4YOvhWrpIBxJNDk1B7d6KwZhuhmN-Em6x-g4z-V9Ym4g9SRU5lqhMzI1P7FRWZxn-g0pJKqcUYm-PUnLq_Xg/s320/girly.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmC9Gxh7LYfwVAqk8XMdJoGfAkPhCYoTsTatuniXQFIkBLdf1qx9nreDtC9JE5E8DwHhkvMIEByYyOf7n-pLO0NrqCJQVMsNsU57l4BZSAR_DJ11dUsKXlXa1hkTN5nCcDQI6HWvK5F3U/s320/girly1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdenIt4y0PiXKX-iaC0maiB_fpTXlmXfz6vV3p6kewijmCwvo4ZQdSD0A2vvupik_QRR1wvg0cC4Uq6Rq168SGCKDh0RHza1ZNbtAVGKqxPLhb2NK8PI6l8TyyTxYJjYVz_xIdI6HztJ0/s320/girly2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSufESjwQQbQsrxCMvhxUmufU2OrSXv-eWD-8VncfHKDYy8eTORgjpd4Y65HdMbkb30UWWCGCxpuvgiXlLgtZr-2s7zPWU3x_9UgQw371daQHKEfbelUDkOrTYQnFINI5vyvx8NYbYz3E/s320/girly3.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVVXWcXeEx4oIcd7a0sK6yDJCI-LfToSxQ5wY85xC8TnsRY7bueS_fqcCeBgrV_o2JuXwRXAARbphLagPnX16kAsNwpiakCW2oi0ddrWvgw3MFyokd1Mug_ctwcbZWMxYuB4HKlRWPvyg/s320/girly4.png
Lovely Girl :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKovTQHzvlPXwpBVJRO4JK7KzsUHCTPXkjHRWR8CcjavfaEaBk8S85nB-gYfC3GfCttID7rHehfZt6pGOgqiR7f0Rwjut42-l0WfqK5pcCMkmJKCJseaufqP8AaAHlMY1oKFjt7nDKAi8/s320/lovely1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnBYPVqcxZGkg7wLF4XGro2RK2dwnQVLUsVbvvybVoq5i4bmcToytzfjM3n3Tg-RpA7ZcsGaCucLGrCXXKOpQ0zVQ1M9gM2N_5HsGGvHGeCr_6eVjMRWgAG0U1dn7RWNTccg_DTJad3e4/s320/lovely2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3vP2B2NfjNFlpPnkf1TY7yp3jNZZgNie0KliMDZLf5WN-d3USEal0B19tv3nbQb_5DpkwnMvtN7iWXhCxUvyg9TxxpLNM73GP7WD9PuhjTiWScxfPsU1KYrzISLNrrHPkJtrNp4pyAso/s320/lovely3.png
Ehh , dah ambil , tinggalkan komen yer.. :) Love you all ✓

Credit to : Weit



Salam Maal Hijrah


Tahun Baru Islam 1 Muharam 1433

korunk tahu kan dari mana bermulanya hijrah , semua ini daripada hasil perjuagan pemimpin teragung ,
 Nabi Muhammad S.A.W  dan umat islam yang terdahulu daripada kita ,
 sungguh besar pengorbanan beliau.. 

Hijrah pada ketika itu ialah 
perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya dari Makkah ke Madinah untuk menyelamatkan maruah agama , bangsa dan negara...

Okeyh...
Jom kita hayati maksud hijrah untuk kehidupan sekarang...
Hijrah sekarang lebih kepada kata-kata ini...
"Moga hari esok lebih baik daripada semalam.."
ini satu konsep yang aku sendiri pegang , 
kalau kita dapat buat begini , bagi kan tepukan untuk diri sendiri kerana kita berjaya melakukan yang lebih baik daripada semalam... :)

Jadi , Selamat kita mengubah diri kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...
semoga kita lebih banyak beramal , mendekati diri kepada Tuhan dan berbuat baik sesama makhluk ! :)
Marilah kita mengubah diri untuk menjadi insan yang cemerlang , gemilang dan sentiasa dibawah berkatNya 1
Salam maaf Hijrah Dari Nurrul ...



You're MY SUNSHINE OF SMILE

Alhamdulillah.. 
perjalanan pergi dan balik dari KL ke SABAH
dalam keadaan yang selamat... malam tadi pukul 7.15 aku dan keluarga menaiki belon
untuk pulang ke semenanjung.. tiba di KL pada 10.30 p.m dan bermalam di rumah Pak Su Musang di bandar Sunway..


. Pagi kemudian... 
bertolak ke negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia , Kuantan , Pahang...
Di mana kakak aku dan Danish comel tinggal.. :)
Di BALOK PERDANA !

Perjalanan di teruskan lagi pada pukul 8 malam ke negeri jiran 
tempat dimana aku tidur , bosan , makan , merenung , dan keseorangan..
Rumah yang menjadi pelindung kepada aku sejak aku dilahirkan sehingga kini... 
sweet home kaa ? ? ? 

arrgghh ! ! ! di situlah rasa kesedihan aku datang menjalar panjang..
Perasaan sedih dan tidak mahu tinggalkan Danish 
mencemburui hatiku lebih daripada keinginan untuk pulang ke Johor..

memang bergenang air mata ... tapi aku tahankan sedalam dalamnya.. 
dan teruskan tersenyum.. :D



I LOVE YOU,DEAR DANISH.. :)
Hard to say this and the this moment that I don't let to happens.. :(
Time To say "Good Bye"
::WE will meet and seen against ::


Tips Buat orang yang sedang kecewa


Hye girls sekalian.  Entry ni dituju khas untuk kaum hawa yang sedang kecewa ekoran dari perpisahan sama cowok masing-masing.  Aku bukan mau tunjuk terror but ini dari pengalaman aku sendiri yang lepas-lepas. 

Sentiasa dekatkan diri kepada Allah.
Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu ape yang kite rase. Jadi, luahkan melalui doa anda kepadaNya. InsyaAllah, Dia akan membantu anda untuk mendapatkan petunjuk dan ketenangan abadi. Jangan lupe untuk banyakkan zikir dan membaca Al-Quran. Kerana melaui cara itulah hati yang kecewa dan sedih dapat diubati.
Think POSITIVE.
Fikir yang ape yang terjadi kepada anda semuanye ada hikmah di sebaliknye. Jangan pikir bile dah clash bermakna dunia ni dah tak bermakna buad anda. Jangan jadi bodoh okai? Ade otak kite kene gune dan akal plak pikir ape yang harus kite lakukan untuk masa hadapan. Mungkin die bukan jodoh kite.
Rehat kan diri anda.
Bebaskan minda anda dari sebarang perkara yang sering anda lakukan semasa bersama pacar anda. Sebagai contoh kalo biase pagi-pagi anda akan menelefon die untuk kejutkan die namun bile dah clash, anda try ubah. Bangun terus nonton tv. Tak pon on9. Sedikit sebanyak dapat kurangkan kesedihan anda alami itu.

Tabahkan diri anda untuk terime ketentuan itu. 
Ini sangat penting. Kebiasaanye 2 sebab utama berlakunye clash ni adalah disebabkan salah paham dan orang ke 3. So, kalo anda tergolong dari dua punca utama ini anda harus tabah. Cube baiki kesilapan anda dan kalo kehadiran orang ketige tu anda just piki, anda telah cube untuk jadi yang terbaik namun, si dia buta untuk melihat semua tu. Anda berserah dan redha je la. 
Cari peneman setia. 
Pendengar terbaik amatlah diperlukan disisi anda. Luahkan segala yang anda rase. Jangan simpan nanti makin terseksa. Mungkin adik beradik mahupon BFF korang adalah orang yang paling sesuai untuk dijadikan peneman anda. 
Menangis.
Menangis adalah satu perbuatan yang dapat melegakan serta memecahkan segala keegoan manusia. Percaya laa selepas anda menangis, anda akan berasa lega. Serta masalah itu dapat dilupakan buad seketika.

Lakukan perkara yang anda suke. 
Ini dapat membantu anda untuk melupakan kekecewaan anda. Release you tension by doing the activities or your hobbies. :)
Kumbang bukan seekor. 
Walau lama mana hubungan korang, kalo dah bukan itu jodoh korang, maka korang harus pasrah. Anda perlu ingat bahawa kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang lain yang sedia menanti anda. Dan yang paling penting Allah telah tentukan siape jodoh kite. 

Ade pape lagi yang aku nak share, aku akan update lagi lepas ni. Hope sape-sape yang sedang dalam situasi yang aku maksudkan, boleylaa amik sebagai contoh. Tapi kalo tamau pon tape. Saya bukan along tapi hanya mahu tolong meyh. PEACE yayw:)


Pengantin 21.11.11

Wee... Hari ini aku still dekat Semporna dan merupakan hari penikahan buat abang aku bersama pasangannya , Hazlina Ahsik...
Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar ...
Dengan sekali lafaz nikah , terus abang aku sah jadi suami orang..
macam tak sangka abang aku dah 2 orang kahwin... sekejap saja masa berlalu...
bulan 9 hari itu abang aku yang sulung...


Tahniah-tahniah ! ! !
bertambah besar salahsilah keluarga Encik Rohmanan dan Pn.Azizah.. :)
dan the most important... aku akan dapat anak sedara yang ramai ! ! ! hehehe

p/s : kak Long aku dah mengandung 2 bulan.. :)





Wow ! Heboh dan Jakunnya ! Anak siapa lah ini ? ? :P


Alhamdulillah .. 
akhirnya sampai juga flight aku dengan family dari 
Kuala Lumpur ke Tawau dan kemudian ke dentinasi ke  daerah Semporna...
Gempak memang gempak.. ini pengalaman pertama aku ke Sabah dan menaiki kapal terbang... 
eeehhhh ! salah-salah ! dekat sini orang Sabah panggil belon...


weee... memang aku seronok sangat-sangat... 
sebab ini sebahagian wishlist aku nak naik flight... 
even sebenarnya aku nak naik flight ke Australia.. tapi ini cukup bermakna untuk aku ! ! ! 

korunk pernah naik tak ? hehehe...

 sumpah aku cakap.. memang 'jakun' gila...
maaf ler... seronok sangat-sangat... lagi-lagi sambil melayan kerenah anak sedara aku yang chumiel montel tuh ! hehehe :P
aku memang betul-betul teruja melihat awan-awan yang seperti gula kapas !
 betapa putih dan gebunya... aku rasa macam nak tangkap dan simpan sebagai kenangan aku berada di atas.... :) 


thankS kepada Air Asia yang telah membawa aku ke udara dan menjejakkan kakiku ke sini :)
Now everyone can FLY ! ! !
okeyh.. untuk itu saja update aku hari ini...nanti ada apa-apa lagi aku akan tulis entry okeyh ? ?
by the way , apa korunk rasa dekat atas ? ?share lah dengan aku :)
Have a nice day Friends ! :)



Tempahan Blog


Tempahan Telah dibuka semula :") Kalau Berminat boleh bagi Details pada sy..
Payment :
RM 10 *FULL edit blog*
  • Maxis Topup - korunk pergi kedai topup , beli kad topup , dekat belakang kena gores , bila korunk dah gores akan nampak 14 angka nombor.. haa , nombor tuh bagi dekat aku.. Beware * Don't CHEAT ME ! *
Choose Template :
Order List :
  • Blog Background (blue , red , pink etc)
  • Blockquote
  • Comment Box
  • Title Post
  • Title Sidebar
  • Kemaskan dan Ringankan Blog *Remove post atom,Scroll for Blog Archive,Underline Hover
*Just Give me the details to edit your blog :
Blog Link | Email | Password | 

Wanna see my works ? ? --->> Portfolio -

So HOW ? Interest ? ? Message me at Facebook FanPage for this! :D
Komen Here to order.. Nanti Nurrul Respond :)
FOR SERIOUS BUYERS ONLY !
P/s : Kerjasama daripada owner blog amat diperlukan :)


Blog Bertukar Template ! :P

dah dekat  hari aku simpan blog ini kan... hehehe... ada ker orang nak jengah blog aku ?  pandang pun sebelah mata tak sudi.. *ayat sedih sangat lah tuh :P* maaf yer... aku nak ubah citarasa.. hmm ... saja-saja ubah angin...  Baru seronok ! mana lah tahu korunk semua dah naik bosan dengan design dalam blog aku nieh.. hahaha *perasaan kau aje ! :P *

How my blog look like?  ?? ? :)

 The New
hmm... ingat nak revert classic template tapi perlukan lagi banyak masa aku nak design blog classic... so aku just buat dekat blog JUST YOU AND ME Al-maklumlah esok hari aku nak naik flight ke Sabah... Jom melancong ke Sabah ! ! ! ada apa dekat sana ? ? Terjah Jom ! ! :)

wee.... How YOURS ? ? ?


Ukur Cinta Melalui Warna


Warna memang memainkan peranan dalam hidup kita kan..
tanpa warna ... korunk dapat bayangkan apa yang terjadi di dunia ? ?
Pudar , kusam dan tak bersemngat ! :P

Cinta juga boleh diukur melalui warna... kadang-kadang warna dianggap sebagai simbol dalam perhubungan... Melalui warna egemaran, sudah dapat kita bayangkan sifat dan sikap seseorang...Jom kita lihat sifat warna kesukaan buat kedua-dua insan yang sedang bercinta ..


p/s : sekuat mana kepercayaan cinta kamu dengan pasangan dan bagaimana cara kita menjaga hati pasangan lebih penting daripada warna ini pun...Cinta lebih memerlukan kasih-sayang , kejujuran , dan seangkatan dengannya :D. Jangan kamu percaya bulat-bulat apa yang dicatatkan diatas... Ini hanya sekadar berkongsi... hehe :)




Cara Menguruskan Badan

Image result for menguruskan badan
1.  JANGAN CRASH DIET  
Crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai buat macam ini. Aku cukup marah. Sebabnya bila crash diet, memanglah berat anda turun secara mendadak. yelah tak makan 2 hari pastu turun 3kg,rasa gembira bukan main kepalang. Padahal berat anda turun sebab water volume dalam badan anda yang reduce bukan fat. Pastu kalau anda crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan anda tengah starvation. Pastu, bila anda dah tak dapat tahan nafsu, anda akan makan macam biasa balik, badan anda akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang anda hilang. rugi tak?

2.  JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'.Ape lahhh ! . Ini sorang lagi nak kena sekeh dengan aku ni. Sapa ngajar skip-skip meals ni ? ? . Kalau anda skip meals, anda mula lah lapar nak mampos meroyan tak tentu pasal. Sekali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, anda melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang anda makan tu badan anda store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, anda tak makan. Bila badan anda tak perlukan energy anda makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN  MAKANAN RINGAN  DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi anda tau tidak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, mereka rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku. Semua ini pun boleh kurangkan berat anda taw !

4.  GET ACTIVE 
satu-satunya benda dekat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau anda buzy mengalahkan menteri, anda tak dapat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju-laju. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.

5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU,  JUST SLOW-JOG/WALK. 
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek-awek ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan tak payah cakap lah.. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kurus sikit, ,mereka melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau anda exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adalah glucose. 

Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan anda sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak anda supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem anda akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat anda lapar nak mampos.
The latest research cakap, kalau nak kuruskan badan secara consistant & tanpa rasa letih, anda just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab apa ? ? Sini aku cakap dekat korunk, kalau anda jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam?  sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan anda untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Memang berkesan.  
Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takde maknanya ! ! ! :D


KASWIRA 2011 !

Hello World !
Maaf petang ini baru aku dapat update ini belog... heheh Nasib baik pagi tadi sempat jalan-jalan blog blogger lain.... Itulah senangnya aku letak tempat Link Exchange dekat atas entri aku neihh  ! Supaya korunk-korunk tinggalkan url website masing-masing supaya mudah untuk diterjahhh oleh Nurrul ! Pagi tadi dalam 30 Blogger juga aku terjah ! :)


## aku penat hari ini sebenarnya.... 
ini curi-curi masa kejap buka blog kesayangan :) sebelum ZZZzzZZzzz
Okeyhhh , Tengok tajuk entri aku tuh.... korunk penah dengar ke ayat KASWIRA niehh ? ?
Kalau tahu , cepat angguk-angguk dan geleng-geleng ! ! Actually , ayat itu pun aku baru dengar hari ini ... *haha !* sebab hari ini aku ikut KARNIVAL SUKAN KEJORA ! *short for KASWIRA* baru ditubuhkan tahun ini.... main apa ekkk aku niehh? main Netball jer.... heheehe... 

menang tak ? Of course lah menang ! Menanggung kekalahan .... Team aku sampai quoter-final aje... tak pelah bukan rezeki..... main untuk kesihatan jer kan.. di samping beramah mesra dengan komuniti ! aku sokong Karnival sebegini.... Korunk agak-agak penah dengar tak Kejora? bukan kejora bintang yer ..
 KASWIRA  dan  IKTIRAF merupakan karnival yang sama.... tapi apakah perbezaannya ? ? ? siapakah yang bijak  ? ! Jawablah kalau berani... tengok mana yang sama dengan jawapan aku.. 
nanti boleh makan donut niehhh ! nak tak ? nak tak ?


Tipu jerr ... *jangan marah yaw..*.


Kita ADA 5 Jari ASAS



Asas 5 jari
Ada yang terlebih ? ? ? kalau ada itu maksudnya lebih istimewa daripada kita :)
Jari telunjuk untuk  usus....
Jari tengah untuk  jantung....
Jari manis  imuniti 
Jari kelingking untuk rahim atau tulang belakang...

1. Cuba kamu tgk kat ruas jari2 kamu...
Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kamu ni penuh dengan racun dan toksik... jadi penyakit sembelit mudah kamu hadapi la...

2. kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita....
kalau jari kita meruncing atau bengkok tu, maknanya haid tidak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh...


3. Kalau tapak tangan berbintik pulak maknanya masalah angin...
siapa yang suka marah2 tu, cuba cek tapak tangan tu... berbintik kot... bab tu suka naik angin dan marah2... hehhehe....

4. Kalau tangan kamu kerap basah dan lembap, maknanya sel sel kanser mudah serang badan kamu.. huhu

5. Tengok kuku masing masing..... ada tak bentuk bulan sabit yang kaler putih tu?? ada??
kalau ada maknanya hormon kamu tak seimbang... huaaaaaaaaaaa... tapi kalau bulan sabit putih tu just ada kat ibu jari, kamu orang yang sihat....insyaallah....

JARI korunk macam mana ? ? ehem3...


Lirik Lagi | Setiap Detik


Lirik Lagu Setiap Detik 

Setiap detik engkau yang datang mimpiku
setiap siang malam menggangguku
tak lelap tidurku karena dirimu

* setiap waktu engkau yang selalu menghantuiku
tak pernah lari dari pikiranku
tak mau hilang dari ingatanku

tahukah engkau saat gelap datang
aku masih mencarimu
engkau dimana

tapi mengapa saat ku terjaga
kau masih tak di sampingku
sampai kapankah aku menantimu
selalu menantimu

setiap detik aku memikirkanmu
setiap detik rindu meracuniku
setiap detik teringat ku padamu
setiap detik apa terus begini

mohon dengarkan rintihan hati ini
yang ku curahkan seraya ku bernyanyi
sampai kapankah aku terus begini
ku harap kau kan kembali kepadaku

sampai kapankah aku terus begini
ku harap kau kan kembali kepadaku
ku harap kau kan kembali kepadaku
ku harap kau kan kembali kepadaku

Tanda si Dia Jodoh Anda


Tanda si Dia Jodoh Anda
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




9 tips Mulakan hubungan baru

Image result for couple
Ada yang pendiam , terlalu ramah , terlalu serius , gemar bergurau dan macam-macam lagi... Pertama kali bersua pastinya kamu tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan kawan baru kamu itu selesa bersama kamu. Agar kamu tetap rileks dan tidak salah tertingkah atau kehabisan modal untuk berbual , terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.. :) Jom kita lihat ::

1 Mulakan perbicaraan dengan hal-hal yang sudah pasti...
Topik-topik yang biasanya akan ditanya ialah pekerjaan , hobi dan hal yang lain.. Jangan kecewa jika dia hanya menjawab "ya" atau "tidak".. Berfikir positif yer sayang ! :)

2 Jangan mengkritik diri sendiri.
Takut atau tak yakin memang masalah utama dalam memulakna perbicaraan. Perkara seperti ini wujud dari "kritik diri" yang berlebihan atau merasa terlebih rendah diri.. Elakkan "kritik diri" baru kamu rasa selesa untuk bergaul..

3 Beri peluang Orang lain bercakap
Kamu akan dikatakan ramah bapabila memberi orang lain bercakap..Sekiranya tak ada yang nak cakap , pancing lah dengan soalan singkat supaya ada topik yang sangkut.. :P

4 Bahasa tubuh yang ramah
Menunjukkan wajah yang senang dengan kehdirannya dengan sentiasa senyum :) ... Muka yang masam hanya membuat perbualan tersebut menjadi hambar..

5 Beri perhatian yang adil
Berbual dalam kelompok yang ramai , berbuallah ditengah-tengah dengan melibatkan pelbagai topik..

6 Hindari perdebatan
Hindari topik-topik yang serius lah... Bicara yang ringan-ringan sahaja. dan paling penting tak melibatkan isu-isu sensitif 

7 Jadilah pendengar yang baik
tak pandai nak mengulas ? jadi pendengar dan menghormati rakan yang lain berkata pun okeyh juga ... :D hehehe

8 Seni mengelak
Kalau rasakan teman baru itu membosankan.. tengah dia berbual-bual kamu berdalhlah sedikit.Misalnya ,"Maafkan saya ada hal sebenar" atau alasan lain...

9 Sense of Humour
Penampilan yang menarik dengan diselitkan humour yang ringan. Tetapi perlu diingatkan jangan samapi  menyinggung perasaan seseorang dan jangan jadikan diri kamu sebagai objek untuk diketawakan.. :



Adab Tidur

Tidur merupakan suatu keperluan manusia. Tidak lengkap rutin manusia itu tanpa tidur. 
Namun begitu, adalah lebih cantik lagi andai tidur kita ini dihiasi dengan adab tidur yang bersesuaian.  Entri kali ini lebih berkisar kepada adab-adab tidur yang boleh kita amalkan.

Adab Tidur

1. Jangan Terlalu Kenyang
Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur.

2. Berwuduk
Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.

3. Mengingati Kesilapan
Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.

4. Mahu Bangun Awal
Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.

5. Membaca Doa
Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.

6. Bangun Pagi
Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami akan dibangkitkan."

7. Niat Yang Baik 
Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.

Tutorial : Facebook Like Box / Fanpage

Tutorial : Facebook Like Box / Fanpage
Fanpage

1. Create page dekat Facebook dulu.. [ http://www.facebook.com/pages/create.php]

2. Choose Cause a Community ( Letak tajuk > tick Agree > get started )

3. Korang Fill In apa Yang patot ! Pergi dekat Wall .. Copy URL Address tuh! :)

4. Then , korang pergi link ini . [ https://developers.facebook.com/docs/plugins/page-plugin ]

5. * Paste Url Fanpage korang tadi tuh !
    * Adjust Width !
    * Tick mana yang patot !
    * Get Code ! (Jangan lupa Copy Code iFrame!)

6. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

7. Paste Code tadi tuh okie?!

8. Da siap. SAVE ! Cuba try view and like! menjadi tak? :) hehe ~