Melalui pembacaan aku yang dah dekat setahun pasal penangan tred bertudung , baru
hari ini aku kuatkan semangat nak buat entry nie pasal nieh juga... Haha :P Mungkin ini juga
pengaruh daripada hang out semalam ... Ramai awek-awek jalan aku tengok pakai style
tudung moden sekarang masa jalan-jalan dekat Jusco or mall lain , sejuk aku hati ini bila
keadaannya macam tuh ! :D Style tudung sekarang buat awek berminat nak pakai tudung..
Bukan takat tuuhhh , nampak makin ayu dan comel lagi ! Thumbs up ! :)
Tak kisah lah , ada yang pakai ala-ala kain kena tiup dengan angin taufan tak cukup dgn tuh..
Baru-baru nieh aku dengar dekat Suria.fm orang lepaskan geram sebab jalan dekat Kip-Mart
dengan keadaan segera , naik panas terdengar perbualan seorang lelaki semasa dia lalu depan
lelaki tersebut tanya kawan dia , " Itu tudung ker sejadah ? " tapi tetap nampak cantik
pada mata aku.. mungkin pendekatan ini yang buat makin ramai meminatinya...
Haahhh , ini ada tuto cara pemakaian shawl style sekarang... Aku jumpa dekat
Mungkin banyak lagi yang dikongsi kan di situ :P
Tuto Style Pashmina
Tuto Style Hana Tajima
Yang ini macam berombak-rombak kena air di pantai tuh.. :P
Yeahh , aku memang jeles tengok mereka yang memakai sebegini rupa.. Tapi tak mengapa..
Aku bab nak mengaya dan bergaya nieh tak berapa pandai sangat.. at least sedap mata aku
memandang sudah memadai bagi aku... Aku selesa dengan yang aku pakai sekarang...
- Pakai style shawl yang biasa pun buat aku rasa terbelit-belit leher aku.. HAHA ,
tapi itu yang ringkas yang aku suka.. tak pun pekena tudung
sarung yang mudah tak pun pakai tudung bawal jaa.. :) -
Aku teringin nak bergaya feminim dalam diri aku , tapi aku tak boleh dowoeh , rasa nak ketawa berganti-ganti , HAHA... Aku memang jenis yang simple mimple yang tak kisahkan sangat trend dan fashion remaja sekarang... Nak pekena kain dengan kemeja....2 , 3 kali aku akan fikir then ketawa memikirkan nya , tak dapat aku bayangkan diri aku sendiri bergaya macam tuh.. huhu Adik aku pernah bagi kemeja dan pernah juga diowang tanya ." Kain sekali tak nak , ambil kemeja jaa ? , aku tak pernah nampak kau pakai kain jalan.. asyik dengan jeans ajee.. HAHA " ,dengan nada ketawa + menyindir aku // terkedu aku sioot ! HAHA , don't want and it would not happens ! ! :P //Apa Pulak pendapat Korunk ? ? ? -share lah dengan aku kalau sudi - :D