Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."
Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya,
"Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar."
Jasad dan Roh Terikat?
Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati.
Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku.
Tafsir atau Takwil Mimpi?
Al-Quran sebagai Qalam Takwil Mimpi, adalah sifat al-Quran yang paling lembut, paling umum ia merangkumi aktiviti yang paling luas meliputi perkara sebelum, semasa dan selepas yang melibatkan semua perkara di langit dan di bumi. Ketika tidur, roh sebenarnya telah dituliskan takdirnya berdasarkan kepada Qalam ini yang telah diwujudkan 50,000 tahun sebelum sesuatu perkara berlaku di dunia, dan sekali lagi ditetapkan ketika 40 hari pertama dan 40 hari ketiga.
Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.Tetapi bagaimana pula, ada orang yang berkata, tidak pernah mimpi dalam tidurnya? Atau pun lupa mimpinya selepas bangun tidur???? Yeah itulah rahsia roh yang kita tahu hanya sedikit sahaja.
Rujukan :
At-Tibyan - Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Kasyful Ghummah - Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani.
owh. nice sharing la.. thanks ye nurul.
ReplyDeletep/s : err.. boleh tak penggunaan tulisan kelabu tu digantikan dengan tulisan warna gelap sikit? tak nampak. susah nak baca..hehe..
hey dear. ayat nakal sape lah tu kan. haha.
ReplyDelete@Muhamed Norle Err .. Alamak ! Tuan ayat nakal dah datang lah ! ! ! :P Lariikkkk ! ! !
ReplyDelete*suruh wat entry whole yaarr tak nak skit2.. Ngade2 :O) *
@Boni JLL3 dah tukar warna,, hehehe :D
ReplyDeleteokeyhh taa , abg Boni ? TQ..
wah menarik entri ni.. baru tau jugak ni.. penting sblm tido kena jaga adab kan.. seelok2 amik wuduk..
ReplyDeletehahaa klakar yg last tu.. mula2 blur bc, then bc lagi baru paham haha
@eVa
ReplyDeleteYuppps ! Thanks kak Eva... BEtul tuh.. selalunya adik tidow pas solat isya' Then malam bagun study...
hmm , tak tahu lah.. terima aje..
*hehe... peace2..
wah nice share dear.. akak baru taw sal ni.. ingat lau tdow roh & jasad terpisah..
ReplyDeleteselalu gak la mimpi jadi nyata.bile jdi betul,dalam kepala dok pikir, "macam dah main je citer ni".hehehe..sebelum tidur pastikan basuh kaki & baca doa ye
ReplyDeletethanks dear. serius cakap info ni memang bagus. :)
ReplyDeleteorg selalu ckp kalau tidow roh n jasad terpisah. huhu
salam... Hyep.. K0men 1je.
ReplyDeleteRasanya ny entry tbaek 0rg pernah baca k0t klw bkenaan 'mimpi'...
:D keep writing! Btw, ayat last tu cute! Bdak science la ny erk....
wahh , manjanya ayt Norle memujuk... sweet gtuh...
ReplyDelete*Mimpi adalah kunci , untuk kita menakluki dunia.. jgn berhenti mewarnai jutaan bintang di bumi.. -.-