Posisi Tidur Dalam Islam



Tidur Meniarap
Tidur ini dilarang dalam Islam, dan Sabda Rasulullah s.a.w "sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai Allah dan RasulNya " (hadis Riwayat Tirmizi ).......Abu Umamah berkata, beliau melihat Rasulullah memukul kaki seorang lelaki yang tidur meniarap dan bersabda "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahanam" (hadis Riwayat Ibn Majah)

Tidur Menelentang
Menurut Dr Zafir Al-Attar...tidur seperti ini akan menyebabkan pernafasan melalui mulut kerana mulut akan terbuka, pernafasan melalui ini akan menyebabkan selsema, kekeringan gusi dan radang

Tidur mengiring kiri
Tidak elok sebab jantung akan dihimpit oleh paru kanan yang lebih besar daripada paru kiri

Tidur mengiring ke kanan
Tidur terbaik. baik untuk jantung kerana paru kiri kecil daripada kanan dan memberi bebanan yang ringan, hati dalam kedudukan yang baik, perut terletak pada tempatnye dan memberi kesan penghadaman yang sempurna...

Rujukan : Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Nota sendat : Patutlah kalau aku tidur mengiring ke kiri aku tak selesa semacam aje.. ngiring ke kanan baru okeyh.. Korunk pulak ? perasan tak tidur gaya macam mana ? Ada yang buat kuak lentang juga kaa ? haha // mimpi jadi perenang negara kaa ? // haha


6 comments

  1. lepas ni kena tukar posisi tdow.. huhu

    ReplyDelete
  2. saya suka tidur macam orang semayang.hehehe...tapi bila dah start tidur,macam2 posisi jadi tau sebab memang jenis buas pon time tidur.hehehe

    ReplyDelete
  3. thanks 4 d info dik. sgt berguna.. :)

    ReplyDelete
  4. wah..perkongsian yang sangat2 bermanfaat..saya asyik tido terlentang dengan meniarap je

    ReplyDelete
  5. aah betol3! cik ana pon tido suke mengiring ke kanan baru selesa..hehe





    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete
  6. kita pulak suke tido melekat kat dinding ^^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan