Ego Terhadap Kata-Kata
Lelaki pantang kalau kata-katanya dinafikan kebenaran. Lelaki berfikir, mereka sentiasa betul. Sukar mahu mengalah.... apatah lagi terhadap wanita.
Ego Terhadap Pujian
Lelaki suka pada pujian, cubalah puji seorang lelaki. Pasti akan terasa bangga tak terkata. Kalau seorang wanita memuji seorang lelaki lain di hadapannya, tentu tercalar egonya, lebih-lebih lagi andai segala kelebihan itu benar pada lelaki yang lain itu.
Ego Terhadap Tingkah Laku
Ada waktu, lelaki ini selalu mahu menang atas sesuatu perbuatan yang mereka lakukan. Apabila mereka lakukan sesuatu, mereka merasakan tindakan itu adalah betul pada pandangan mereka, sedangkan ia tersilap. Kerana egonya, sukar mahu dia berkata .. "oh aku tersilap".
Ego Mempunyai Pasangan Cantik
Lelaki. Kalau ada pasangan, pastinya akan digah akan pasangannya itu. Sukar buat mereka untuk terima kekurangan yang ada pada pasangan mereka, kerana pada anggapan mereka, pasangan mereka adalah terbaik.
Ego Penampilan Diri
Uishhh ...jangan sesekali dok tegur pakaiannya tak sesuai, atau rambutnya kusut macam ungka tersesat. Jika lelaki ditegur akan cara penampilan dirinya yang tidak teratur, pasti akan ada alasan yang berderet untuk pertahankan apa yang mereka sedang tampilkan.
..... itulah lelaki, kalau berkata pasal ego ...boleh jadi panjang entri ini. Mungkin lain kali boleh disingkap perkara lain untuk direnungi bersama.
yg 2, 3 n 4 tu mcm pakwe akak.. hehe
ReplyDeletehehehe...yup.sebagai seorang lelaki memang saya akui la pasal ego tu tapi sume terpulang pada individu utk kawal ego masing2.
ReplyDeleteerr..err.. sepak je klau lebih2
ReplyDelete