Ketawa bukan kena bayar pun , SOMBONG !


Ketawa adalah antara nikmat besar yang Tuhan kurniakan kepada kita. Seawal tiga nulan, bayi sudah pandai ketawa walaupun tanpa diajar , lebih awal sebelum berkata-kata.Secara purata, orang dewasa ketawa sehingga 17 kali sehari. 

Berdasarkan sains, ketawa ialah tindak balas kompleks yang membabitkan banyak kemahiran yang sama semasa kita menjalani rutin hidup sehari-hari dan saintis juga berpendapat bahawa ketawa ialah aktiviti yang menyihatkan.

Kita ketawa kerana lucu atau jenaka , tetapi ada juga berpendapat ketawa disebabkan rangsangan seperti geletek , sentuhan atau pun ubat tertentu seperti nitrious oksida atau kanabis.

Kebaikan ketawa :

☺ Membantu Proses Pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan alirannya..

☺ Ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh masa 24 jam dapat memberikan manfaat bagi otot kardiovaskular sama seperti bersenam atau menunggang basikal selama 10  minit.

☺ Menghilangkan rasa marah.

☺ Meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

☺ Mengelakkan risiko serangan penyakit jantung..

☺ Melancarkan sistem pencernaan dengan menguatkan fungsi usus dan penyerapan nutrien daripda makanan.

☺ Mengekalkan kesihatan mental..

☺ Merupakan sebahagian daripada bahasa manusia.

☺ Senyum itu Sedekah ! :D

Nahh senyuman dari Nurrul !
Jadi bersederhanaah dalam ketawa kerana setiap yang 
berlebihan itu mungkin mendatangkan akibat yang buruk...


5 comments

  1. eh eh akak penah buat presentation sal ni.. ada kajian ckp ketawa leh kurangkan berat brape kilo ntah.. lupa.. hehe

    ReplyDelete
  2. org ckp ketawa bole wat kita nmpk muda...jd sllu ktwa tok nmpk muda ^_^

    ReplyDelete
  3. Actually fakta ini Nurrul ambil dari karangan untuk rumusan mase exam paper 2 tadi.. hihi..

    *tak sangka fakta... apa kesan buruk ketawa berlebihan?

    ReplyDelete
  4. wah wah . banyak kelebihan ketawa rupanye ye :D

    ReplyDelete
  5. senyum sokmo.hehehehe...bagi kita mungkin senyuman takde pape pon makna, tapi bagi orang lain mungkin senyuman kita adalah segalanya buat mereka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan