Jom Sunathon

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Cuti sekolah sudah bermula dan bila cuti sekolah akan adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekitar 6 tahun hingga yang besar akan buat aktiviti berkhatan tak kisah lah secara beramai-ramai atau pun hanya sekadar pergi ke klinik swasta.

Tak nak cerita yang berkhatan yang tak ada majlis, kita cerita majlis berkhatan yang beramai-ramai ada majlis meriah gtuww.. Aku pun dapat pengalaman ini bila dimana anak buah pertama aku dah semakin bujang. HAHA. Kalau tak, memang tak pernah merasa lah nak tengok majlis orang berkhatan sampai tunggu ada anak sendiri ~kui kui kui~

Majlis yang diberi nama "JOM SUNATHON" Anjuran dari Pihak Pengurusan Bandar Mas dengan kerjasama Klinik Bandar Mas yang diadakan pada 1hb Dec 2018 dengan bayaran sebanyak RM120. Cukup meriah dengan bantuan sporting dari pihak bomba cawangan Bandar Penawar. Seramai 50 orang kanak-kanak join untuk berkhatan kali ini.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat bersama ibu bapa mengenai prosedur berkhatan dan juga tanda tangan surat kebenaran untuk bius anak-anak yang akan dikhatan kan. Kalau tak ada surat kebenaran pihak klinik tak kan buat bius. Aww ~~ Tak dapat bayangkan macam mana orang dulu-dulu berkhatan tapi tak bius.. Grrr. Selepas taklimat ibu bapa dan semua dijemput untuk sarapan pagi.

Selepas sarapan, anak-anak semua diarahkan ke perkarangan tempat parkin kereta untuk berarak bersama-sama dengan iriangan kompang dan bunga paha.
Kemudian, ramai-ramai menyerbu ke arah pegawai bomba yang telah bersiap sedia memegang hos untuk memancutkan air. Haha. Seronoknya sebab ramai-ramai kan jumpa kawan baru. Hampir selama 30 minit juga kena siram kemudian mereka semua diarahkan untuk menukarkan pakaian dan bersiap sedia untuk seterusnya.
Terdapat sebanyak 4 bilik untuk kanak bersunat menunggu giliran, Danish dapat bilik no 2 dengan giliran yang ke-2. Sambil menanti giliran tu, konon jek tuh anak buah aku buat muka machioo padahal dalam hati dupp dappp dupp dapp 😂 Disebabkan aku nampak macam waktu menunggu tu lama aku pun balik ke rumah dulu ler
Lepas dah sunat, dapat bunga coklat dan sijil dari pihak Klinik Bandar Mas, Kota Tinggi Johor. Haha. Aku gelak aje sebab kelakar sunat pun dapat sijil meyhh? 😂 Dah besar dah Danish, anak buah yang pertama dan dah jadi bujang sekarang. So fast time fly by. Selamat berpantang bro!

Sunat tu sakit macam kena gigit semut ke? 



Tips : Pakaian Untuk Konvokesyen

Tips : Pakaian Untuk Konvokesyen

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Memandangkan musim konvo pun sudah pun melabuhkan tirainya, jadi adalah masa untuk Nurrul berkongsi tips pakaian untuk konvokesyen UiTM. Alhamdulillah sudah 2 kali Nurrul dapat sarung jubah untuk istiaidat konvokesyen UITM melalui diploma dan ijazah sarjana muda.

Apa yang korunk perlu pakai waktu hari konvo ? 
Panduan pemakaian ini juga penting untuk ibu bapa yang masuk ke dalam dewan semasa istiadat berlangsung.

Pakaian Graduan :

1.Baju.
Lelaki – Kemeja warna Cerah/Pastel, bertali Leher dan memakai blazer dipadankan dengan seluar slack.

Perempuan – baju kurung, kebaya warna cerah/pastel digalakkan. Pakaian tradisional yang lain pun boleh, tetatpi seeloknya mengikut bangsa. Yang pasti, sepanjang berada di dalam dewan, pakaian mestilah formal dan sopan.

2.Kasut
Lelaki – Pakai kasut kulit berwarna gelap (seelok-eloknya warna hitam) dan mesti memakai stokin (full cover, bukan sampai buku lali sahaja)!

Perempuan – Pakai kasut formal bertutup, hitam atau warna gelap dan mempunyai tumit sedikit (tak boleh pakai kasut yang flat). Untuk perempuan, pemakaian stokin tidaklah diwajibkan.

Sila ambil perhatian, pemilihan kasut semasa istiadat konvokesyen adalah sangat penting! Dilarang memakai sandal dan selipar. Sepanjang berada di dalam dewan, mesti pakai kasut formal, lepas majlis kalau awak nak tukar dengan kasut lain itu terpulang. 

3.Tudung
Point ketiga penting untuk orang perempuan, mestilah memakai tudung yang berwarna pastel/cerah dan anak tudung hitam. (Untuk memudahkan pemakaian mortar board)

Untuk yang free hair, ikat rambut dengan kemas, korunk standby sepit kecil hitam  untuk lekatkan mortar board (topi).

Image result for istiadat konvokesyen uitm pakaian

Pakaian Tetamu Lelaki:-
  • Kebangsaan, atau
  • Batik, atau
  • Lounge Suit, atau
  • Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).


Pakaian Tetamu Wanita:-
  • Kebangsaan  atau
  • Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN).
  • Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.

Untuk Maklumat lanjut boleh ke portal UITM : Etika Pemakaian
Safety pin konvo
Lupa nak bawa dari rumah, nasib dekat Tesco Cheng ada. Haha

Keperluan untuk baju jubah, mortar board (topi), hod dan selempang pink.
1.Sila sediakan safety pin yang kecil/sederhana, jarum peniti, sepit rambut untuk dilekatkan pada pakaian konvo agar kelihatan kemas.

2.Benda yang selalu berlaku adalah, dimana mortar board (topi) kita kena langgar sikit atau tunduk akan jatuh, jadi korunk gunakan jarum peniti mata kecil dan lekatkan antara mortar board (topi) dan tudung, sepit rambut antara rambut dan mortar board (topi).

3.Untuk graduan ijazah sarjana muda, korunk akan dibekalkan dengan hod mengikut warna fakulti masing-masing, jadi gunakan safety pin untuk kemaskan kedudukan hod anda. Tak adalah nanti masa ambil scroll senget sebelah ke apa ke. ^_^

Make up untuk konvokesyen
Bukan selalu kita make up cantik2 kan bagi perempuan, so kalau nak make up masa ini, make up lah light light saja, tak keterlaluan dan tidak membazir. Kalau macam Nurrul, Nurrul make up sendiri aje, 

Apa barang make up mahal, aku ini seorang yang sangat sensetif kulitnya. Kalau pergi kelas biasa tuh, tepek bedak powder dan lipsbalm jek. Haha. Nurrul gunakan set make up dari Nuraisyya. Senang apply dan senang tanggalkan. 

FORMAL LEBIH CANTIK/HENSEM :)


CHECKLIST | Sebelum Hari Konvokesyen UITM

konvokesyen persediaan konvo
Assalamualaikum dan Hi Semua !

Hari konvokesyen adalah hari yang amat penting untuk seorang graduan yang berhempas pulas menghabiskan banyak masanya untuk belajar hingga mendapat segulung sijil. Jadi, mesti korunk tak nak spoil kan mood hari konvokesyen kan? Sekali dah rosak mood, hari yang indah pun boleh jadi suram taw, jadi tak nak serabut2.

WAJIB BUAT DULU : 
Oh ya, selepas dah dapat result dari Wak SALAM tuh, boleh dah nak dekat-dekat tarikh konvo setel kan CLEARANCE DI UITM yang korunk study tuh ya.


Ok, jom ikuti checklist sebelum hari konvokesyen berlangsung di bawah :

1.Alert dengan Website UITM ( Konvokesyen) di mana korunk hendaklah melakukan :

  • Pengesahan maklumat pelajar  (masa awal-awal dalam 2 bulan lepas tamat belajar) Lepas korunk dah update segala details, sila pastikan anda tiada saman dalam kampus, berstatus TM , ANC(http://isisweb52.uitm.edu.my/SPORTAL) - Sila rujuk gambar dibawah ya.
  • Pengesahan kehadiran kovokesyen (bila dah dekat bulan konvo), kajian pengesanan graduan dan daftar pengambilan borang jubah. Kajian Pengesahan dan Pengambilan Jubah UITM
Sila tekan gambar untuk lebih jelas :)

2.Buat Bayaran Yuran Konvokesyen
Lepas dah buat semakan pengesahan kehadiran tuh, bolehlah log in uitm student portal dan click financial ledger untuk tengok no siri pelajar dan jumlah yuran konvokesyen berapa serta segerakanlah buat bayaran. Sila simpan resit bayaran anda untuk future. Kikiki

3.Rancang cuti/ Annual Leave.
Bila dah berkerjaya/bekerja, ingat senang2 aje korunk nak tinggal kerja macam ponteng kelas dulu-dulu. HAHA. Kena semak jadual pengambilan jubah dan hari konvo sidang berapa. Jadi, bijak-bijak ambil borang cuti dan apply.
Contohnya, kalau Konvo dekat kampus Induk (UITM SHAH ALAM). Tiada dilema sangat waktu pengambilan jubah kerana kebiasaaannya jubah diambil pada hari Sabtu or Ahad, gaps untuk buat gmbar preconvo pun dalam seminggu, jadi korunk boleh apply cuti pada hari konvo saja (itupun kalau rumah tak berapa jauh lah kan)
Tapi kalau mcm Nurrul ni konvo dekat  kampus cawangan, biasanya ambil jubah waktu kerja, then gaps preconvo hanya sehari. Sob Sob Sob. Misalnya ambil jubah hari Isnin, konvonya hari Rabu, jadi kena banyaklah apply cuti (lagi2 yg duduk jauh dari tempat konvo)
4.Tempah Tempat  Penginapan
Bila dah jauh tu, faham-fahamlah sendiri yew, takkan nak ajak mak ayah tidur dalam kereta pulokk! Kesian depa. Jadi kena lah usha awal-awal atau booking hotel/homestay, 1-2 minggu sebelum hari konvo. Kalau UITM tu area Bandar tak pe lah, banyak pilihan hotel/homestay, tapi kalau UITM tu dekat jauh nun dari Bandar, sakit juga tu. Kenalah pandai-pandai cari.
Masa Diploma dulu, konvo dekat UITM SEGAMAT, sakit juga nak cari tempat tidur, nasib ada hotel budget yang okey dan available. Dekat sebelah shell Bandar sebelum jambatan, atau lagi satu KOPETOWN Hotel dekat sebelah ONE SEGAMAT.
Masa degree, UITM ALOR GAJAH Alhamdulillah, mudah sikit duduk rumah kakak, tapi area bandar banyak pilihan. Buka aje TRIVAGO , pilih nak mahal ke yg murah :P
5.Pemilihan Baju dan kasut.
Baju untuk graduan dan ibu bapa semasa istiadat konvokesyen berjalan di dalam dewan adalah berpakaian formal, untuk details Tips pakaian konvokesyen.

6.Gadget yang berfungsi
Hari yang bersejarah maybe sekali seumur hidup ini, apalah salahnya kita sediakan yang terbaik dari diri sendiri. Make sure memory kosong/cukup untuk ambil gambar nanti. Bateri mesti full, kalau kong takut korunk yang jadi king kong. HAHA. Sediakanlah power bank siap-siap.

7.Raptai hari Konvokesyen
Untuk taklimat nih, benda yang Nurrul skip, lepas ambil jubah terus blah, HAHA. Cuma make sure masa hari kejadian, korunk tak buat hal ah atas pentas, jangan malu bertanya dengan rakan-rakan yg pergi taklimat tuh.
Biasanya staff lebih fokus kan masa dekat atas pentas aje, cara nak berjalan dan cara menerima skrol. Mudah jaa, jalan dengan sopan, berhenti dekat tanda X yang staff dah label kan, kemudian berjalan sejurus saja nama dipanggil. Paling penting bila dah depan pro-counselor tu, tunduk sedikit dan ambil skrol sambil ucap TERIMA KASIH! Jangan sesekali ucap Thank you, nanti gambar pentas hang mulut nampak muncunggg.
konvokesyen persediaan konvo

8.Gambar Pre-convocation
Perkara yang paling famous graduan buat adalah photo shoot dengan jubah dekat tempat-tempat yang cuns/menarik/rare dimata depa. 

Kalau dekat Segamat, paling rare dekat atas rail keretaapi KTM tuh.
Kalau dekat Melaka, biasanya depa pih , Afamosa, Pantai Klebang dll. 

Aku ? 
Dalam rumah berlatar belakangkan cat putih. Done! :P

9.Wang Saku
Benda paling wajib dalam setiap checklist Nurrul. HAHA, mesti korunk benggang jek kan, tapi inilah haikatnya. Korunk kena budget korunk punya perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas hari konvokesyen tu. Juga mungkin nanti lepas istiadat dah keluar dewan, nak bergambar formal dekat dalam studio, mesti kena guna duit juga kan. : Bukan apa, merancang lagi baik kan, walaupun kita da yang Maha Merancang. Tak salah kan? 

Okey, setakat ini dulu checklist untuk konvokesyen yaw, Harapnya sedikit sebanyak dapat membantu korunk yer. Amacam? Bersedia ke tidak nih? Btw, Congratulation!

Enjoy your graduation day !


Tahniah Afif!

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Woah, direct gilakk tajuk post. Haha. Sekarang memang tengah musim konvo dekat universiti IPTA kan. Post ini adalah bertujuan untuk membakar semangat adik-adik kita yang tengah struggle habiskan belajar untuk mendapatkan segulung ijazah mahupun diploma.

Pada hari Selasa yg lalu, Nurrul ke UITM Shah Alam untuk bersama-sama meraikan  graduan ijazah UITM di Dewan Agung Tengku Counsler(DATC). Walaupun harapan dapat konvo dekat dewan yg begitu gah ini tidak kesampaian, worst kes dapat temankan orang datang konvo dekat sini pun boleh lah. 🌹
Tahniah Afif!!!

Akhirnya dapat segulung ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan (pemasaran). Didoakan segala ilmu itu dapat digunakan sebaik mungkin utntuk agama, bangsa dan negara. Cewah!! /poyooo sangat ayat kau tu/ 😂

Sidang petang masuk dewan pukul 1:30pm dan tamat pada pukul 4petamg. Yeah, den tunggu seorang diri dekat bawah khemah aje dengan orang lain, parents Afif masuk dalam dewan. Lepas habis istiadat terus ke booth gambar untuk bergambar. Dah settle posing kami pun pulang ke rumah. On the way nak menuju ke tempat parking kereta tuh, nostalgia lama kembali apabila melalui track and field UITM Shah Alam.


Sempat lah kita pinjam topi untuk posing dekat tempat kenangan. Track ini telah menganugerahkan Nurrul pingat gangsa dalam acara 400m dalam kejohanan Sukan Antara Fakulti UITM pada tahun 2013. Selepas tuh, terkuburlah tittle sebagai atlet olahraga. :( 2004-2013.

Zaman belajar dah melabuhkan tirainya untuk sementara waktu ini, fokus pada komitmen sebagai seorang pekerja. Jadilah pekerja yang mempunyai disiplin diri yang tinggi, dedikasi dan bertanggungjawab. 🌸

Kursus Pra Perkahwinan Kota Tinggi, Johor


Assalamualaikum dan Hi Semua!
Nurrul kembali lagi dengan topik yg hangat! Sure ramai yang tahu ini topik mengenai apa sekilas tengok tajuk jek dah tahu. Menghadiri kursus pra perkahwinan adalah step pertama untuk mendirikan sebuah masjid. Kenapa perlu? ini merupakan persediaan pertama dari segi fizikal dan mental disamping dapat mengetahui ilmu-ilmu dalam berumah tangga.

TEMPAHAN KURSUS PRA PERKAHWINAN
Laman web ini saja yang mudah berurusan dan dekat dengan tempat tinggal Kursus Kahwin Daerah Kota Tinggi. So terus lah booking tarikh dan tempat yang nak bila tarikh tuh cuns dengan cuti panjang. Actually, kalau tiba-tiba ada sesuatu benda yang tak dapat dielakkan walaupun korunk dah booking untuk datang kursus perkahwinan ni boleh batalkan sebab pihak yang menguruskan ini tidak mengambil bayaran deposit. Mudah bukan? 

Sediakan cash RM120 beserta 1 keping gambar passport untuk : lelaki (bersongkok) dan perempuan (bertudung). Yuran sudah termasuk makan dan minum untuk sarapan dan tengahari untuk 2 hari. Tak payah pening-pening nak cari makanan waktu rehat. Sijil nikah ini sah seumur hidup dan seluruh Malaysia. :)

HARI PERTAMA - 15 SEPT 2018 (SABTU)
Kursus bermula pada pukul 8:30 pagi tapi kenalah datang awal untuk buat pendaftaran ; isi borang dan bayar yuran pendaftaran, nanti tak lah kelam kabut dibuatnya. Hormatilah majlis dimana murid kena datang awal sebelum gurunya. Gtuh~~

Paling best hadir kursus dengan syarikat ini adalah setiap slot merupakan penceramah yang berbeza dan penceramah tersebut bukan calang-calang orang, semuanya terdiri daripada pegawai dari pejabat kadi daerah Kota Tinggi. Yang syoknya lagi peserta kursus diberikan sebuah buku (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Negeri Johor)  Dalam buku modul, terdapat 11 slot yang berbeza.

Slot 1 : Akidah &  Ibadah
Akidah dan ibadah merupakan asas dalam membentuk sebuah keluarga yang sakinah dan rahmat. Penceramah juga berkongsi cara untuk mendapatkan rahmat Allah dengan mengekalkan salam, memperbanyakkan membaca Al-Quran, banyakkan solat sunat dan menghindari dari menghias rumah dengan gambar-gambar.

Slot 2 : Pengurusan  Kesihatan
Penceramah seorang Doktor sakit Puan di HKT yang menitikberatkan kepentingan bersenam, memakan makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain memberikan ilmu serba sedikit tentang keibubapaan dalam merancang dan menjaga anak.

Slot 3 : Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
Akhlak mencerminkan peribadi seseorang serta akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Penceramah juga menjelaskan tentang pentingnya membina hubungan yang harmoni antara suami isteri dan keluarga.

Slot 4  : Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Konflik, Stres & Perkhidmatan Khidmat Nasihat
Komunikasi bermula dengan hati, maka untuk merawatnya mesti melalui hati. Komunikasi yang baik mampu mengindari konflik yang tidak diingini. Jika hati kita sedang marah, segeralah kita beristigfar ~~
HARI KEDUA - 16 SEPT 2018 (AHAD)

Slot 5 : Prosedur Perkahwinan ,  Persediaan Keibubapaan
Bab yang sangat perlu diberikan fokus kerana setiap negeri mempunyai prosedur kahwin yang tersendiri. Untuk pengetahuan, sebelum nak dapatkan kadi untuk akad pun kena interview dulu ~hewhew

Slot 6 : Munakahat & Pembubaran Perkahwinan
Bila sampai bab ni, mula nak letak batang mancis dekat mata. HAHA.  Ceramah dalam slot ini lebih kepada penerangan tentang perkahwinan dan jenis cerai dalam perkahwinan.

Slot 7 : Pengurusan Sumber Keluarga (Kewangan dan Masa)
Slot terakhir ini menerangkan bagaimana pasangan menguruskan kewangan dan komitmen bersama. Hal ini kerana ianya merupakan asas kestabilan ekonomi dan keharmonian rumahtangga.
Alhamdulillah, akhirnya Nurrul dapat menghadiri kursus kahwin ini selama 2 hari di Masjid Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Walaupun hari Jumaat aku MC sebab demam, aku gagahkan juga diri untuk datang pada hari Sabtu dan Ahad, 15-16 Sept 2018 untuk mendengar ceramah dalam keadaan, batuk dan demam. Haha ~Yelah, bukan senang nak dapt cuti panjang wooo. 
Sebelum bersurai, peserta kursus masing-masing diberikan sijil dari pihak penganjur dengan terteranya gambar di sijil. Cewah~~ Semua senyum ke telinga kerana ceramah pun menutup tirainya. Terima Kasih Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi kerana menganjurkan kursus ini. :)

KURSUS PRA PERKAHWINAN DAH, NEXT! ~ ~


Proposal Academic Trip To Acheh, Indonesia

Assalamualaikum dan Hi,

Sejujur-jujurnya post kali ini telah terdraft selama 3 tahun, dari 2015. Haha. The meaningful one taw tentang student dan campus life. Its really.  Sampai Nurrul kena buka balik semua proposal study trip acheh masa diploma semseter 5 dulu..(Nak post juga to keep this for my memory) HAHA. Okey mana nak start dulu ni?

Kita start dari sebelum nak ke sebarang ok.
Kelas kami dipilih oleh pensyarah iaitu Puan Rohana Binti Sham untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Pilihan tempat adalah Acheh, Indonesia. Alhamdulillah sangat2 sebab dari 6 kelas semester akhir (masa itu semester 5) kelas kami jadi pilihan. 
Makanya Penasihat kami terus suruh buat paperwork atau lebih dikenali sebagai kertas proposal semasa cuti semester 4. Siapa yang kena tu , yer aku orangnya yang telah diberikan amanah untuk membuat proposal memandangkan rumah aku dengan UITM Pasir Gudang dalam 45 minit aje, so senang nak ulang-alik jumpa penasihat dekat opis. Huhuhu, Plus memang kesungguhan aku sendiri dengan menawarkan diri untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.
Dalam projek academic trip ini, aku merupakan penolong ketua projek. Yer, jadi sangatlah besar tanggungjawab aku untuk memastikan projek ini berjalan seperti yang dirancangkan. 

Tajuk kertas Kerja          : RECOVERY OF TSUNAMI THROUGH AN INTEGRATED
                                              TRANSPORTATION SYSTEM (ACHEH, INDONESIA)
Peserta                             : 28 orang (Kelas JBM1175D) dan 1 pensyarah pengiring
Tarikh                              :  17 - 20 September 2015 selama 4 hari.
Anggaran Perbelanjaan : RM 23, 494.00 (Total)
Duit Sumbangan TAPA  :   RM 6,000
Kos  Seorang Pelajar      :   RM 9,000 (x 30 orang)
Baki yang diperlukan     :   RM 9,094

berniaga ais krim

Bila tengok balik anggaran perbelanjaan setelah ditolak dengan sumbangan TAPA dan peserta dan berbincang dengan penasihat, macam wow! Mampukah kita terbang ni madam? Hihi. So, passport adalah kos pelajar masing-masing. Lagi RM9,094 itu kami cari alternative lain dengan cara, cari sponsor dari luar dan berniaga ais krim.  Tok sah cerita yang busuk2 macam mana nak dapatkan supplier, siapa yang nak jaga booth bla bla bla.... kalau cerita memang panjang lah cerita nya.Ye dok? Apa yang pasti goal kami sekelas nak topup perbelanjaan tu.


Dalam masa dekat 2 bulan juga berhempas pulas jaga booth ais krim dekat kafe UiTM Pasir Gudang, alhamdulillah kami dapat kumpul sejumlah wang RM3,000 plus minus. Cukuplah buat topup anggaran kos yang kurang. Kami juga telah berjaya mendapatkan sponsor dari orang luar. Masa tuh, syukur sangat2. Terima kasih Geng !!
Jangan cakap nampak macam smooth aje yer, kami sekelas ada yang bergaduh, biasalah bila ada yang tak puas hati tak buat kerja etc. Aku yang dekat atas ini naik pening juga nak settle kan jangan bagi tambah lagi teruk. In fact, dari kisah academic trip ini, aku belajar macam-macam benda mengenai pengurusan mengendalikan sesebuah event besar secara amali / real situasi yang harus ditangani terus. Yes, dari pengalaman yang tak ternilai, kau akan belajar sesuatu yang orang lain takkan dapat sama macam yang kau alami, jadi jangan takut untuk mengetuai sesuatu. 
Geng misi berniaga ais krim
Waktu ini ialah hari terakhir kami sebagai student diploma BM1175D, Amir Fareed belanja pizza sorang satu sebagai penghargaan kerana sama-sama membanting tulang menjayakan misi trip belajar ke Acheh, 2015.
Bahagian kewangan untuk trip kami dah settle, sekarang masa untuk kita selesaikan benda-benda yang remeh pula.Contohnya money exchange untuk duit perbelanjaan/kecemasan dekat sana, transportation, travel guide, makanan, hotel dan segala bagai mak nenek untuk menjayakan trip ini. All in one, kami settle semua dengan bantuan penasihat program yang sporting. Hihihi.. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan trip kita ke Acheh, In sha Allah next post kita cerita apa yang kami lawati di sana... Daa ~ ~ ~ Inspire Us.

JBM1175D 2015 MOMENT


Kerjaya Pertama Nurrul

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Kerjaya Pertama Nurrul Selepas Tamat Belajar Ijazah | Nurrul menerima panggilan interview pada 28/2/2018 di Johor. Masa dapat panggilan itu Nurrul dekat Kuantan rumah kakak, keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan, demam, batuk dan selsema. 27hb tu terus drive pulang ke Johor untuk interview keesokkan harinya. Alhamdulillah, perjalanan interview semuanya dipermudahkan Allah. Keesokkan hari selepas interview aku menerima panggilan yang menyatakan aku lulus interview dan diterima kerja. Perasaan happy tuh hanya Allah yang tahu.

Start kerja pada 5/3/2018 di bawah department Human Resource & Admin(HRA) sebagai assistant. Berbekalkan prinsip jangan memilih kerja, sapu aje apa yang dapat dulu. Aku tekad untuk start kerjaya dari bawah hingga ke level yang atas memandangkan aku tidak mempunyai pengalaman kerja selain pengalaman internship di top glove 4 bulan dulu. Biasanya hari pertama masuk tak dak lah officemate terus bagi kerja. Terkejut hang nanti. ^_< 
Kerjaya Pertama Nurrul
Apa job scope kerja sebagai seorang assistant HRA di London Biscuits Berhad ni? 
Job scope kerja mengenai worker's welfare dan kerja-kerja admin. tak sepenuhnya 8 jam duduk  menghadap laptop. Dalam seminggu mesti aku akan bawa worker untuk berurusan dengan bank etc dan ikut servis2 dalam office setiap department. Nak cerita dekat sini memang tak habislah. HAHA. Apa-apa pun kerja ni sama dengan tempat lama internship di top glove, Alhamdulillah jadi tak adalah merasa kekok malah sangat-sangat bersyukur kerja ini dekat dengan diri dan paling best dekat juga dengan family. :)
Cuma mula-mula tu aku macam takut2, bukan takut apa pun, untuk jawap call dan cakap dengan orang on call aje. HAHA. *That so funny maybe.. untuk orang "introvert" macam aku ni memang rasa susah mula-mula tuh.. Tapi lama-lama benda tu ok bila kita dah serasi dengan staffs dan suppliers. Yang aku tak awkward awal2 tuh adalah untuk membebel pada foreign workers aje.. HAHA... -_- Nasib lah awok2. 
Kerjaya Pertama Nurrul
inilah keadaan hari first masuk kerja, no choice. tetap kena jaga hygiene. :)
Kehidupan selepas tamat belajar degree ni memang lain, takkan sama dengan kehidupan seorang pelajar, jadi kepada awak-awak yang sedang belajar tu, just enjoy your life, enjoy2 juga tapi within your limit lah, jangan sampai pelajaran terabai. Ingat mak ayah dikampung tuh. Kepada yang start bekerja/lama bekerja tuh, selamat bekerja! Didoakan Allah permudahkan segala urusan kita seharian dan sentiasa diberkatiNya. Amin. 
Kalau nak tahu best ke tak best kerja dekat London Biscuits Berhad ni, benefit company ni try lah apply diri anda di sini. Rasai sendiri sebab lain orang lain pengalamannya, takkan sesekali sama. Alhamdulillah dalam officemate yang awesome semuanya. Sempoi2 saja. Keep climbing pelan-pelan dan juga Nurrul berharap akan terus konsisten dalam dunia blogging.
Kehidupan seorang Pekerja


Tips Belajar Cara Nurrul

Tips Belajar Cara Nurrul
Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini Nurrul nak share sikit cara Nurrul belajar dekat IPTA dulu macam mana. Sometimes ada orang cakap Nurrul ini pelajar yang skema, tapi its okey lah sebabnya lain orang lain caranya. Mungkin daripada tips belajar yang Nurrul buat ni seragam dengan diri korunk, tak salah kalau nak ikut pun :) Tips ini sangat sesuai bagi mereka yang nak maintain kan pointer masing2. So jom kita baca.

1 | Jangan Skip sarapan pagi 
Kita belajar menggunakan tenaga taw, jangan ingat kita duduk saja aje, tenaga yg digunakan pulak dekat otak. berfikir menganalisa. Orang boleh bekerja lagi kalau fizikal dia penat, tapi kalau minda (otak penat) nak buat apa2 pun tak boleh. Jadi sarapan sangat penting untuk seorang pelajar sebelum belajar. Kalau paling teruks sangat, minum air kosong atau bancuh air teh dengan 2 keping biskut pun dah okey.

2 | Solat Jangan Tinggal + Doa
Senjata yang penting adalah solat dan doa harian kita. Doa mesti bersungguh-sungguh dan mesti ikhlas kerana Allah supaya Allah lapangkan dada kita, terangkan hati agar Allah memberi keizinan untuk kita menuntut ilmu KalamNya yang sebesar zarah tu. Baru ilmu sampai, kita cepat faham dan ingat untuk diamalkan. 

Lazimi Diri baca Yasin sehari sekali
Selain badan kita memerlukan makanan zahir untuk kekal aktif, tubuh kita juga memerlukan makanan batin, yeah! makanan batin tubuh adalah dengan membaca  Al-Quran. Tapi tips Nurrul yang paling korunk mudah nak amalkan adalah dengan membaca surah Yasin sehari sekali selepas solat magrib smenetara tunggu solat isyak.

4 Tidur awal dan Cukup
Tidur juga merupakan element penting untuk tubuh badan seseorang, ianya menentukan untuk seseorang sama ada cukup rehat atau pun tidak. Mengendalikan waktu tidur dengan baik adalah amat penting. Untuk seorang pelajar, waktu tidur sepatutnya adalah pukul 11 malam yang paling lewat. Sebab nanti pukul 2pagi nak bangun belajar 2jam, lepastu tidur balik. Waktu jam rehat yang sesuai untuk seorang pelajar min adalah 6/7 jam. Jangan amalkan last minute punya belajar ya!

5 Bijak Mengatur Masa
Masa amat berharga dalam pembelajaran yang berkesan. Jadi seimbangi waktu untuk belajar, membuat latihan, beriadah dan lain-lain. Selain itu juga, jangan suka menangguh kerja. Kerana orang yang suka menangguh kerja adalah pencuri masanya sendiri. Percayalah sikap bertangguh ini boleh memakan diri sendiri. Jadi belajarlah menangatur masa dengan bijak.



Website Cari Kerja Kosong Pilihan Nurrul

Website Cari Kerja Kosong Pilihan Nurrul
Assalamualaikum dan Hi Semua,

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sejak posting Hasta La Vista tempoh hari yang lalu, maka tamatlah kehidupan seorang pelajar degree buat seketul Nurrul. Alhamdulillah,  unofficially graduated from BBA (Human Resource). Tunggu bulan 10 kita konvo.

So sepanjang tempoh nak tunggu result keluar buat apa uolls? Ada sebilangan kawan2 Nurrul yang dulu internship terus diserap masuk bekerja. Tahniah, kita yang tak dapat lagi ini janganlah berputus asa, teruskan usaha kita mencari kerja kerana lain orang lain rezekinya. In sha Allah ada untuk kita, cuma cepat atau lambat sahaja. :) (itu yang Nurrul kata dekat diri sendiri dulu, rasa jeles tu memang adalah, tapi jangan terus putus asa. ye dak?)

Sementara tunggu result keluar, Nurrul pun apply kerja di website top pilihan ni :

WEBSITE CARI KERJA KOSONG TERBAIK PILIHAN NURRUL
Website pertama yang Nurrul akan apply selepas tamat saja pembelajaran dari SPM sampai ijazah. hehe. SPA ini adalah bagi siapa2 yang teringin nak kerja kerjaan lah. Memang mostly kena apply menggunakan SPA. Cuma cara pengambilannya tu mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak salah kan kita apply, mana tahu untung sabun timbul ye dak? Perlu diingatkan untuk update permohonan pekerjaan 6 bulan sekali ya sebab jika tiada kekosongan selama kita apply sehingga 6 bulan, permohonan kita akan dibuang. itu memang automatik. 
Jobstreet.Com
Hanya buka akaun dan update bioadata dan pengalaman kerja di dalam website ini, akan terhasil resume kita sendiri tanpa kita menulisnya. Tapi kalau nak masukkan resume yang kita dah buat pun lagi better. :) Jobstreet juga boleh menganggarkan purata gaji yang kita idam-idamkan dengan kekosongan kerja yang ada. Di sini jugalah Nurrul selalu update dan apply jawatan yang ada sebab boleh set notification kerja kosong yang diiklankan oleh majikan. Email korunk boleh penuh dengan gadis iklan jawatan kosong bernama "Lina" . hehe.
MauKerja.my
Laman web yang menarik dengan warna theme merah menampakkan yang kita "lapar" untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada dan ianya user friendly. Terdapat banyak jawatan kosong untuk graduan baru atau yang berpengalaman. Laman web ini sama juga seperti jobstreet dan memudahkan kita untuk fokus dengan kawasan bandar yang kita ingin kerja bukan sekadar negeri semata-mata.
WEBSITE CARI KERJA KOSONG TERBAIK PILIHAN NURRUL
LinkedIn
Laman web ni lebih nampak professional dan menolong penggunanya untuk memohon jawatan kosong. Tidak ramai orang cuba sosial media ini tetapi banyak juga jawatan kosong yang di tawarkan kepada orang ramai di sini. Disebabkan tidak ramai pengguna menggunakannya maka tidak ramai juga majikan cuba untuk mendapat pekerja melalui medium ini tetapi tidak dinafikan juga ini merupakan laman web yang dapat beri peluang unutk orang ramai berkerjaya. 

So far 4 website ni lah yang membantu Nurrul, ada juga try apply jadi cikgu ganti, tapi yang tu ikut negeri tak sama caranya. Selain tu juga, Nurrul ada mohon SPAJ, fokus dalam negeri Johor saja. Korunk ada laman web kerja kosong terbaik yang lain, sharelah juga sama-sama ya.
Sepanjang cuti ini, memang Nurrul duk belek2 aje lah website dekat atas ni, mana tahu kot2 ada yang sangkut. kita tak tahu kan rezeki kita bila dia nak mai. Bila ada sapu saja. Jangan nak memilih sangat lani punya trend. lagi2 lah jenis Nurrul fresh grad tak ada banyak skill dan zero pengalaman kerja. Moga ada rezeki :) 
MISI KERJAYA PERTAMA NURRUL


Hasta La Vista

Hasta La Vista
Assalamualaikum dan Hi!
Setiap permulaan mestilah ada pengakhiran. Seiring juga dengan program yang wajib bagi pelajar Hures (Human Resource UITM) tahun akhir yang merupakan acara wajib fasa akhir praktikal iaitu Hasta La Vista. 

‘Hasta La Vista’ berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud selamat tinggal.

Program Asta La Vista adalah bertujuan untuk :
  • Meraikan pelajar semester akhir setelah berpenat lelah menelaah sehingga ke peringkat akhir ini. 
  • Selain itu, semuanya diuruskan oleh ahli jawatan kuasa pelajar semester akhir yang dilantik bagi menjayakan program ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran dalam menguruskan sesebuah program. 
  • Di samping itu,bakal graduan bersama-sama kembali setelah habis menjalani latihan praktikal untuk sama-sama berkongsi pengalaman, menilai dan melihat kembali perjalanan sepanjang bergelar pelajar UiTM. 
Pelajar tahun akhir HR UiTM Kampus Bandaraya Melaka mengadakan program dikenali sebagai ‘Hasta La Vista Seniorita Excursion 2017’ selama dua hari satu malam di Eagle Ranch Resort Port Dickson. 2hb-3hb November 2017.
Wasiat kepada ahli kelas
Pagi2 tu Nurrul dan rakan huressian berkumpul di auditorium UiTM kampus Bandaraya Melaka untuk mendengar sesi taklimat kerjaya bersama Dr. Azman. Sementara tu dapat tugasan kena buat wasiat kepada semua member kelas korunk. Jadi ceramah yang diberikan tu fokus tak fokus dah kiteowg dibuatnya. HAHA, yelah dah 4 bulan menghadap kerja ehh tertiba kena dengar ceramah balik macam student (acah-acah dah jadi alumni semuanya) ~~ Hihihi. Then habis ceramah semua berpusu-pusu naik bas untuk ke Port Dickson.

Petang itu kami sampai di Eagle Ranch Resort, dapat bilik masing-masing dan bersiap untuk first aktiviti iaitu Explorace. Aktiviti ini disediakan oleh pihak resort. Fuhh, main cari-cari barang yang ada dekat resort berdasarkan gambar yg diberikan. Pengsan~~  Aktiviti yang paling dinanti-nantikan adalah aktiviti makan malam. kiki, semuanya kemain..  Western food menu nya. 
Keesokkan paginya, ada aktiviti senam aerobik dan sukaneka. Program ini menutup tirai dengan makan tengahari dan penyampaian hadiah untuk setiap aktiviti berkumpulan. Kami pulang ke Melaka dengan menutup mata sebaik saja mendapat kerusi masing-masing dalam bas.. HAHA, itu yang paling lawak... Rasanya aktiviti tak ada teruks sangat, tapi bab balas dendam nak tidur tu win.. kohkohkoh..
7poyos, Adakah muka kami cukup poyo?? HAHA
Special thanks untuk gegadis yang tertera di atas ini, walaupun Nurrul hanya kenal korunk dalam 2 sem, 1 sem dalam kelas, satu lagi dah praktikal.. terima kasih kerana sudi berkawan dengan Nurrul. Mungkin perkenalan kita ini hanya sekejap, didoakan ukhwahnya berpanjangan amin. Thanks Nuratiqah Ismail, Nor Hanis Tajulruddin, Nurul Hidayah Zolkefli, Puteri Azleeya, Nuraqilah Zainuddin dan Nurul Ain. Moga korunk sentiasa dilimpahi rezeki dan semoga kita akan berjumpa lagi kelak. 
BYE DEGREE LIFE


UiTM Digital Campus Apps

UiTM Digital Campus Apps
Assalamualaikum dan Hi,

14 Februari yang lalu email dari Uitm yang idnya dikenali sebagai SIM@UITMSALAM telah masuk ke dalam email, benda yang korunk kena tahu adalah menjadi satu kefobiaan bila mana Email "SALAM" terjah masuk. Sebabnya email itu adalah untuk memberitahu tentang keputusan peperiksaan akhir setiap sem. Samaada salam terakhir atau salam sejahtera keputusan exam korunk tu. Okey, berderau kejap~~ HAHA. Sekali baca, bukan. Fuhhh! Lega rasanya. haha
Email itu untuk memberi maklumat bahawanya Uitm telah melancarkan UiTM Digital Campus Apps, sama macam UiTM Student portal punya konsep, cumanya kita boleh menggunakan mobile phone saja untuk aksess. Tak perlu lagi ke laman web untuk log in ke UiTM student portal. Yehhaaa, satu kemajuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak UiTM kepada seluruh pelajar dan staff UiTM. Terima kasih UiTM!
Apps ini hanya available untuk Android users, untuk iphone user stay tune, apps korunk akan dinaiktarafkan dari semasa ke semama. So, simple step untuk install apps ini dengan google play store --> search and choose UiTM Digital Campus.  Selepas install apps tersebut, sila open dan log in menggunakan id student dan password korunk. Tekan navigation bar yang ada dalam apps tersebut, sampai korunk jumpa macam tertera dekat bawah ini :
Kandungan UiTM Digital Campus Apps
Tadaa ~ ~ ~ Inilah Apps yang ada dalam UiTM Digital Campus Apps. Ini adalah paparan untuk seorang pelajar. Kalau staff punya lain pulak, tapi kita fokus dekat pelajar punya jelah.  Cuma yang tak bestnya adalah bagi setiap items dalam apps tu korunk kena upload satu persatu apps berlainan untuk korunk dapat aksess. Tabahlah sikit nya dengan data internet korunk tu. kiki
*Setakat ini, hanya apps i-student sahaja yang boleh aksess memandangkan perkhidmatan apps ini baru dilancarkan pada 14 Februari yang lalu. Dari masa kes semasa akan diupdate, jadi berseronoklah pelajar UiTM sebab dapat tersenyum lebar sebab UiTM dah mudahkan korunk untuk dapatkan semak jadual, examination result, lecturer notes etc hanya dengan menggunakan Apps ini.
Nurrul pun dah guna sebelum nak tunggu SALAM datang bagi jawapan mengenai keputusan semester akhir degree, Nurrul pun dengan terujanya guna apps ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pada 15 Februari 2018. ^_6 Tak merasa sangat lah guna apps ini sebab dah habis belajar. hihi.

UITM DIGITAL APPS 


Edit Full : Blog JuneLoverss


Owner : Miss JuneLoverss 
Alhamdulillah, dapat tempahan dari customer untuk 2018 Terima kasih Miss June bagi kepercayaan pada Nurrul untuk cantikkan blog miss june :).. dah lama sangat tak main coding, mula2 tu macam bad mood jugak lah kan sebab banyak lupa.. Tapi berkat sabar tu, ingat balik dah semua coding yang perlu.. betullah orang cakap, ilmu tanpa amal tak berguna. lagi lah kita ni manusia yg cepat lupa. 
Template pun bukan biasa2 yang selalu ambil tempahan dari Nurrul taw, terima kasih kepada owner yang sudi share template free untuk memudahkan Nurrul decorate blog idaman miss june. Jom korunk follow miss June, baru lagi bersemangat dia nak menulis di samping dapat kawan2 baru :)


Cara nak run SPSS

TIPS | Cara nak run SPSS
Assalamualaikum dan Hi semua !

Kali ini nak share cara untuk student Business Administration dan siapa2 yang run data menggunakan SPSS Software. Mungkin dah belajar dekat dalam kelas dan lupa, bolehlah refer tutorial dekat bawah ini buat refresh minda kalian tu. hehehe....... First of all, korunk mesti wajib ada SPSS software dalam laptop untuk teruskan langkah-langkah seterusnya.
Kepada siapa-siapa yang tak ada sofware SPSS dan mahu kannya, boleh email ke nurrulqaqa@gmail.com Tapi Nurrul punya SPSS Version 20 lah, bukan yang latest okey. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM5 untuk software SPSS ini. Boleh digunakan untuk awak2 juga. yang penting data kita dapat dianalisis.:)
Pesanan Khas : Jika anda mahu bertanyakan mengenai guidelines SPSS dipersilakan, tetapi jika untuk membantu anda menyiapkan report thesis, menyemak data atau apa2 yg tidak berkaitan dgn kandungan tutorial SPSS saya adalah TIDAK DILAYAN, harap Maklum. Tqvm! -Update : 12/06/2019-
AMARAN KERAS, TUTO INI MUNGKIN BUAT KORUNK PENING, TAPI KALAU SEDIAKAN NOTA DAN BUAT SEIRING DGN TUTO INI, IN SHA ALLAH KORUNK OKEY.


Tips | Viva & Presentation

TIPS | VIVA & PRESENTATION
Assalamualaikum dan Hi!
Alhamdulillah, berakhir sudah debaran menghadapi final year project paper nih.. Fuh! Hanya tuhan yang tahu betapa bersyukur nya bila dah habis semua sekali, tinggal nak buat sikit pembetulan dan hantar report full aje.

Penyediaan Slides :
1. Background - jangan gelap.
2. Font - simple dan professionals. Saiz sederhana.
3. Isi - 
  • Pendek, ringkas, padat dan highlighted important keywords.
  • Biarlah ada warna-warna sikit yang soft, supaya sedap mata memandang. 
Contoh Slide Presentation (Slides lebih kepada Business Administration) :

Sebelum Presentation Viva :
1. Mesti Re-know thesis anda mengenai apa. " Practice Make Perfect, Keep Practice!"
2. Mesti hafal point penting, dont be slides reader!
3. Mesti ada supporting evidence untuk setiap yg korunk buat.
Etc : Relationship ambil dari sources mana, findings ni siapa support, rejected hypothesis research mana ada dapat result macam ni & dari observation sendiri. 
Macam mana nak baca slide ek ? Boleh refer sini ya. Ni lebih kepada Business Administration Tips | Apa yg nk dibentangkan semasa viva?

Pada hari Presentation Viva :
1. Bangun pagi, senyum dan kata AKU BOLEH!
2. Sarapan WAJIB!
3. Bawa semua dokumen yg diperlukan terutama PENDRIVE. (nak lagi selamat buat duplicate, masukkan dalam email).
4. Selawat banyak-banyak.
5. Datang awal untuk hilangkan perasaan gemuruh, masukkan slide presentation dalam komputer/laptop.
6. Keep think positive, baca "Allahumma yasir, wala tuasir"
7. Nobody know your thesis is all about, so ACT CONFIDENT BE CONFIDENT :)
Harap tips ini membantu korunk, sistur dah habis mengharunginya. korunk punya turn pulak.. Doakan Nurrul dapat keputusan yang cemerlang ya untuk semester akhir ni dan dapat konvo tahun ini. Amin. 

VIVA PRONOUNCE LIKE THIS VAAIIIIVAAAAAAAA!  



Tips | Apa yang nak dibentangkan dalam VIVA?

Tips | Apa yang nak dibentangkan dalam VIVA?
Assalamualaikum dan Hi!

Tips kali ini nak buat seringkas boleh, terus fokus pada tajuk. Tips ini hanya sesuai pada yang mengambil course business administration (sebab corak dia sama) menggunakan SPSS software untuk analysis the findings. Okey, moga bermanfaat buat yang memerlukan.

Apa yang nak dibentangkan semasa viva?

Presenter hanya ada masa 15 minit untuk pembentangan dan 5 minit Q&A. Jangan lupa print 2 copy slides untuk examiner dan report thesis. Ok.

1. Beri salam pada dua-dua panel examiner.
2. Perkenalkan diri sendiri serta tujuan untuk apa.
3. Mulakan terus dengan :

Chapter 1 :
Background,Problem statement, RO

Chapter 2 :
Literature Review , cerita pasal Relationship antara IV kepada DV. Boleh state definition IV tu apa, Supporting research from previous research dan cerita hypothesis research korunk. Research framework biar jelas terangnya.

Chapter 3 :
Research methodology secara ringkas dan source questionnaire dpt dari mana.

Chapter 4 : (Bahagian yang paling difokuskan, kena tahu setiap nama analysis tu fungsinya utk apa)
4.1 Frequency Analysis :- 
cerita yang paling tinggi repsondent dari mana.

4.2 Reliability Analysis :-
just cakap “all items are valid and relevant to be asked since the cronbach alpha is more than 0.5,

4.3 Descriptive Analysis :-
just state mana yg highest

4.4 Pearson Correlation Analysis :- just cakap pasal

4.4.1 Overall relationship
Contoh :- “ There is significant relationship between all IV towards DV”.

4.4.2 Strength of the relationship :- 
Contohnya “ For Job Stress, there is positive and moderate relationship toward turnover intention while Work engagement, Job Satisfaction and Organizational commitment has negative and moderate relationship towards turnover intention.”

4.5 Multiple Regression , Dekat sini pulak korunk akn cerita 3 benda :
4.5.1 Significant relationship :-
“Based on multiple regression analysis table, we can see that all IV (state IV) have significant relationship towards DV. However IV (rejected result of IV) show there is no significant relationship towards DV

4.5.2 Most significant relationship :-
“ Based on this table also, we can see that the IV(please state) are the most influence factors towards DV since the beta value show the highest result which is 0.00 (please state the value)

4.5.3 R-Square :-
Mana nak baca R-square cari dekat table Modal. Dekat situ ada. Cara nak baca data tu “Based on R-square value, we can see that (5.19 converted to % , so 51.9%) 51.9% variation of DV (state) is explained by all IV (state IV) .


Chapter 5 :
Conclusion & Recommendation.

Q&A sessions

Jawap aje dengan tenang, okey. If ada something yg tak boleh jawap, ingat “Manners” , so say sorry first, bla bla bla… then i will make further study on this and included in my report.

Senyum hokey, baru nampak manis gittuw…. :)


4. Say Thank you and smile :)
So, itu tips yang Nurrul nak share, harap sedikit sebanyak membantu korunk untuk hafal key point dan part paling hot untuk dapat berdasss dassss dasss tembakan padu. Harap dapat makan dengan senyumanlah.. hihihi. Okey, itu saja. TQ! 
GOOD LUCK ALL ! 
 ACT CONFIDENT BE CONFIDENT!


Cara Mudah buat Citation/References Using Mendeley

Cara Mudah buat Citation/References Using Mendeley
Assalamualaikum  dan Hi!

Pernah tak ada pengalaman, bila buat assignment untuk bahagian reference terkial-kial cari satu satu info yang diperlukan untuk memenuhi APA format style. Pernah rasa susah dia macam mana tak?? Ada tak rasa macam nak hempukk aje buku/journal/internet yang tak bagi full details apa yg kita nak tu??  Kalau ada jangan risau, itulah pengalaman yang menjadikan kita lagi sabar.. HAHA (ketawa jahat)

Dulu buat assignment boleh lah kau sabar, tapi kalau bab buat thesis nak hadap satu-satu macam tu, kau rasa mampu tak?? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?? Semestinya boleh sakit hati dowh, lagi kau dah ngadap depan laptop yang lama. So, jawapannya disini. ~~ Mandeley 
Mandeley ini merupakan satu software Reference Management and Research Network, dimana semua information pasal journal/buku/sources internet korunk dikendalikannya. Sedikit sebanyak program ini dah bantu sesuatu buat korunk. Not fully harapkan sistem ini, kena lah control (cakap dekat dia kena buat apa) ye dak?  Jadi, sila simpan semua sources yang korunk gunakan serapinya dalam satu folder. Okey, jangan malas! Lets start.
First thing first, kena lah ada software Mandeley ini. Mana nak dapat? Download dekat google or https://www.mendeley.com/downloads. Dah install dalam laptop, boleh start step berikutnya.
1. Sign up/Log in acc Mendeley.

2. For first time user, sila click tools --> Click Install Msword Plugin

3. Double check dekat Ms Word ada tak plug in Mendeley, check dekat bahagian references.

4. Kalau ada, cunss, boleh lah drag segala sources yang korunk dapat ke dalam Mendeley..
5. Open Ms Word korunk, untuk buat citation, click references -- > click insert citation.

6. Keluar table kecik macam dalam gambar, taip author/tajuk journal yang korunk nak cite tu.

7. Click Ok.
Cara Mudah buat Citation/References Using Mendeley
 8. Kalau betul korunk buat citation melalui Mandeley, akan keluar warna kelabu masa korunk highlighted perkataan dalam Ms Word.
Cara Mudah buat Citation/References Using Mendeley
9. Kan ada dua cara penulisan dalam citation kan,
Contoh :
(Lin & Liu, 2017) untuk dibelakang ayat.
Lin & Liu, (2017) untuk di tengah2 ayat.
Jadi nak setting yang bahagian depan tu korunk padam aje (Lin & Liu, 2017), jadi macam ni Lin & Liu, 2017) then tambah ( dekat Lin & Liu, (2017) akan ada pop up table mandeley desktop cakap, keep manual edit. Click aje situ.  Faham ke Faham??

10. Lepas dah siapkan report semua, bahagian references kena ada letak yang penuh punya address kan, so korunk pergi aje dekat references dan click insert bibliography. Keluarlah semua sources yang korunk cite dalam report mengikut urutan lagi, A to Z.
Senang kan ? Tak payah susah-susah susun satu per satu. Lagi satu, mudah untuk kita trace mana sorces yang kita tak cite lagi. So, pilihan ditangan anda ~~~ Selamat menyiapkan report ^_^


Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)

Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)
Assalamualaikum dan Hi!

Berbekalkan pengalaman semasa internship dulu, disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan, nak distribute survey pun jadi paayoohhh benar. So, jangan risau sebab syarikat google sangat membantu beb! Terima kasih Google Forms sebab mudahkan Nurrul untuk respondent jawab survey. Simple aje step untuk buat google forms ini, harap bermanfaat dan korunk dapat sesuatu dari sini :)