Orang Kata AkU " GILA" ! ! !

Aku baru saja sampai rumah dari sekolah...sedut ! 
shhuuhhhh ! ! ! Fuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh ! !
*tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan-lahan*
Take a Rest for this time for a while , 

Di padang sekolah tepat pukul 4 petang , 
aku buat latihan bola baling dengan kawan-kawan ..Hhahaha ! 
Hari ini merupakan hari pertama untuk latihan permainan tersebut...
Quiet simple tapi tengok besok apa yang akan jadi pada aku. huhu

Semalam lagi gempak !
Balik sekolah pukul 2.30 pm then , rest for 30 minit sambung pula dengan 
kelas Fizik pukul 3-5pm.. After that , turun latihan roadrun..
Nanti kalau tak turun.. tertanya pulak coach..
" Kenapa awak tak pergi latihan roadrun Hazieqah ? ? " , kata cikgu Azwan dalam hati.. -,-
Balik pukul 6.30pm sebab ada taklimat ringkas kot oleh Sir Juraimi...
Apa Korunk rasa ?

Untuk bola jaring pula , baru satu hari aku hadiri untuk latihan pada Jumaat lepas..
Cikgu tak kata apa sangat.. yang pasti cikgu Ramnah *Jurulatih*
Mengerti situasi aku.. dan faham dengan keadaan aku..
Tapi tidak bermakna aku akan kecewakan cikgu-cikgu sukan seperti tahun sebelum.....
TAKKAN BERLAKU ! ! !


Tired kot ! 
Ada ke istilah itu dalam kamus aku sebagai Atelit ? ? ?
Jawapannya TIDAK sama sekali !
Kenapa tidak... ramai kawan-kawan aku tanya...
" Eh , Hazieqah ! Kau tak penat ke main semua ini ? ? ? "
"Kau nie apa ekk  ? ? , ROBOT ke apa ?" sambil memerhati dan memegang tangan aku*
dengan selamba aku menjawab " tak ada lah , aku enjoy buat semua ini...
lagi pun  inilah sumbangan aku kepada sekolah... :) "

Yes ! sampai Orang Kata AkU " GILA" ! ! !
GILA SUKAN ! ! !
Errr , bila aku dengar macam ini... nak kata apa kan ?
aku hanya diam  dan bukan aku tidak menolak..
tapi Sir Juraimi pernah berkata kepada aku...



Jadi aku sentiasa berdoa...
Ya Allah , Mudah-mudahan segala sumbangan yang aku berikan
untuk mengharumkan nama diri dan sekolah di Arena Sukan akan
mendapat berkat dan manfaat kepada aku , sekolah dan bangsaku...
Aku ikhlas untuk semua ini ... 


Tutorial : Hantar Tiket Nuffnang

Salah satu nak cara kita nak dapatkan BE/CPUV dari Nuffnang dengan rajin menghantar tiket kepada pihak Nuffnang , kira korunk kena selalu contact keep in touch gtuh.. Hantar tiket lebih kepada kita tanya sendiri dengan pihak pengiklanan Nuffnang tentang apa-apa pertanyaan yang bermain di kepala kita , Contoh , Income tak naik-naik, cara nak tingkatkan trafik , tips etc..
Macam mana nak hantar Tiket kepada Nuffnang
1. Sila log in korunk punya Nuffnang .
2. Scroll blog ke bwah sampai jumpa perkataan "Contact Us" , 
3. Tekan link Contact us tersebut..
4. Then , akan tertera page macam dekat bawah nie , sila tick kepada Blogger Enquiries/Suggestion.
5. Tekan Next , then akan keluar page macam nie pulak...
6. Sila isikan maklumat yang di minta , Subject : , Message: , Priority sila pilih high , Biar menunjukkan sikit yang pertanyaan korunk penting , jadi pihak nuffnang akan lebih alert tok respond tiket korunk dengan cepat..
7. Dah selesai isi semua , tekan submit..

Insya'Allah dalam masa 1-2 hari pihak Nuffnang akan balas segala pertanyaan ^^ 


Tutorial : Bila Ter'lupa' Password Blog

Hallo ! ! !
Siapa yang ada masalah dengan perkataan "terlupa" , "Forget" ? ?
Haiyooo ! Ini sangat masalah tahu serius ! ! !...
Kalau kita tahu kita ini kadang-kadang akan jadi " lelaki/perempuan yang terLUPA"
Maka , langkah yang selamat tulis dimana-mana tempat yang selamat
agar kita sentiasa peka/tahu apa yang penting..

Untuk blogger yang lupa password , jom kita atasinnya
agar dapat sign in ke blog kesayangan kita...

1. Pergi ke link blogger.

2. Akan terpaparlah sedemikian :

3. Sila tekan link yang tertulis "Can't access your account"

4. Bila dah tekan , mesti keluar macam ini :


5. Jadi masukkan salah satu daripada yang kotak  diatas... sama ada memasukkan Url blog korunk atau masukkan email address korunk.. Better dan senang masukkan url blog korunk.. nanti akan di-send ke email korunk juga ! 

Contoh -
Blog url : youismysoul.blogspot.com
Email Address : Nurrul.yahoo.com

6. Bila dah masukkan , sila tekan LOOKUP ! ! !

7. Kemudian akan tertera yang mengatakan bahawa :


8. Haa , sekarang masanya untuk sign in korunk punya email ! Pergi ke Yahoo.com atau Gmail.com *ikut mana email address yang korunk daftarkan untuk blog yer :) * 

9. Bila dah sign in korunk punya email account , pergi dekat inbox dan click dekat email yang tertulis . "blogger Account Information"


10. Dah tertara segala isi... tekan link biru yang mengatakan korunk terlupa password blog...

11. Automatik access korunk punya blog.. dan reset lah semula password yang 'ter'lupa tuh ! :)

12.Good luck ! semoga berjaya ! :)



Bertukar ! ! !

Salam buat semua !
dah lama aku ta update belog ini....
sebabnya.. sebab .. sebab..

Pagi study , petang training sport , malam tidur...
Jadi tak ada masa nak menghadap lappy...
kadang-kadang memang on tapi sekejap saja...
untuk melepaskan kerinduan pada blog tersayang ! :)

Anyway , minggu ini aku dah start training untuk 
pertandingan roadrun hari Sabtu hadapan...
Tenaga kena maksima kalau nak menang...

Berbalik pada my tajuk...
eehhh , apa yang bertukar yer ? ? ?
Ingat Ultra-Man ape haaa.... bukan ..salah .. silap !
Korunk tak ada perasan apa-apa ker  dekat blog ini ?
hehehe.. actually... dah lama aku nak make up blog aku ini...
menjadi ....
Jeng...
.
.
.
.
.Jeng
.
.
.
Jeng
.
.
.
.
Taraaa.....


new

Vs 

old

Wee , akhirnya dapat juga template yang aku nak untuk blog ini..
Ini merupakan template dari blogskin yang pertama dalam blog aku ! ! ! !
Fakta untuk petang ahad : Aku Gembira sangat ! Tukar coding sana sini..
dan hasilnya aku puas !

Amacam ? ? sama ke lain pada korunk ?




Perkataan "JANGAN" dalam Islam


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

 JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan
DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk
membuatkebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

 JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti
hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia
kalau memang Kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada
ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong
apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu 
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia
adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JANGAN suka menganiaya manusia
atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa
ISLAM itu berkata ANGAN. 
Sebab semuanya
untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu.
Wallahualam...




Sambut 2 Orang Kakak Ipar

Salam buat semua ! :)

Apa khabar ?  
Yang menyambut Tahun Baru Cina diucapkan
 Gong Xi Fa Choi ! ! !
Sambut-sambut juga tapi kena ingat keselamatan tetap diutamakan ...
semoga segala pertemuan menyimpankan memori yang indah dan gembira belaka !



Hari ini merupakan Majlis Sambut Menanti @ Majlis Perkahwinan lah..
Tahun ini aku dapat kakak Ipar dua sekali gus !
Mantap tak mantap kan ?

Memang sangat memenatkan ! ke hulu ke hilir buat itu dan ini...
Nasib baik tak ada rewang-rewang... tempah catering saja..
mudah memang mudah... tapi dah mengurangkan sedikit sebanyak
 hubungan jiran tetangga..

By the way , bersyukur sangat-sangat sebab 
majlis berjalan dengan lancar dengan matahari yang terik memancar :)
saudara-mara ramai yang berkunjung..
tak lupa juga tetamu-tetamu yang dijemput hadir...

Terima kasih kepada semua..
especially to C's Lily
*selalu datang umah , time kenduri C's nanti nak datang.. 
tunggu saja bila nak dijemput ini :)*
dan Shafiq
* apek muka tak mandi... seronok ada orang 
yang dapat aku buli... hahahahaha :P ketawa besar nie..*
yang memeriahkan keadaan dapur rumah aku.. ! hehehe



ROUDRUN 2012

Huhh ! tak habis penat lagi dari Kuala Lumpur...
Balik-balik Johor kena pulak berlari 8km..
Gempak tak gempak kan ! ! !
Mata kecik besar kecik besar saja.. hahaha...


Tahun ini , tak sama macam tahun sebelumnya..
kena belajar 3 masa dulu.. baru berlari...
wah , ini lah namanya... sukan dan belajar yang seimbang 
yer dak ? :)


hahaha , ini geng kuat posing ! gini lah kalau dah jumpa lens...
cikgu suruh buat pemanasan badan sebelum lari..
main peace pulak ! chill ! :p


Warga SMK Bandar Mas yang bersemangat ! ! !
Go For A Healthy Life !

Sabar jela.. dengan latihan sehari pusing padang 3 kali saja...
kueng2... stamina tak ada banyak lari jalan... lari jalan... 
dah tak macam 4 tahun yang lalu..
dah Sweet 17 kan... :D

Tak pelah.. at least dapat juga tempat ke-3...
sejak cikgu tukar dari long distance ke short distance ,
masa form 1 jek dapat tempat pertama ... naik form 2 sampai sekarang..
memang tetap tempat ke-3 saja lah.. hihihi.. takpelah... 
janji ada nombor kan ? :)

Tahun depan dah tak boleh lari-lari lagi kan ?
dah tak ada medal untuk dikumpul...
kueng2.. tunggu masuk IPTA lah kan...

Majulah Sukan Untuk Negara ! 


Sweet-17 ! :D




 Salam uhkwah !
 dekat seminggu aku tak update blog ini...
 rindu sangat rasanya ! :) 
Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog yang merapu ini..
sorry kepada yang kurang berminat....
hehehe..setiap orang ada penulisan dan karya yang berbeza kan ? 
betul ker nie... :D

Hari ini berapa hari bulan eak kawan-kawan  ?? ? 
Errr , penting sangat ke tarikh hari ini ek ....
Of course lah sangat penting bagi aku.. tanpa tarikh ini
mungkin ketidak wujudan aku di dunia takkan ada.... :P 

wahhh ! tak sangka hari ini aku dah berumur 17 tahun...
sungguh singkat masa berlalu... 
sungguh pantas detik yang penuh kegembiraan berlalu....
dan setiap masa yang bakal mendatang ... adalah lebih mencabar..
kerana aku semakin dewasa...

Semoga aku cekal , tabah dan gigih dalam setiap langkah aku..
agar aku dapat menjadi insan yang berguna kepada bangasa , agama dan negara ! :)

Fighting For SPM 2012 ! :


Tutorial : Mencantikkan Comment Box Part3

Preview :
Tuto ini boleh digunakan untuk Simple dan Denim Template :)
Kalau nak guna tuto ini mesti kena ubah setting comment ke pop up window dulu yer :D
1. Template --> Edit Html --> Tick Box Code --> CRTL+F
2. Cari kod ini : 
Denim Template
/* Comments
Simple Template 
#comments .comment-author {
3. Copy code di bawah dan gantikan dengan semua code yang ada di bawah code yang dicari :
#comments-block .comment-author{
color:#555;
padding:4px;
margin-top:10px;
line-height: 100%;
background-image: -webkit-linear-gradient(right, #FFF, #E6E0F8, #E6E0F8, #FFF);
text-align: center;
}
#comments h4 {
background:#fff;
background:url("http://i.imgur.com/aemZL.png")  scroll center transparent;
padding:4px;
color:#000;
letter-spacing:2px;
text-align: center;
}
#comments-block {
margin-left:1.5em;
line-height:1.6em;
background: transparent;
color: black;
padding: 1em;
border:0px solid #ffffff;
}
#comments-block .comment-author {
margin:.5em 0;
}
#comments-block .comment-body {
margin:.25em 0 0; background: #ffffff;
}
#comments-block .comment-footer {
margin:-.25em 0 2em;
line-height: 1.0em;
}
#comments-block .comment-body p {
padding:15px;
border-radius:10px;
background: #E6E0F8;
color:#000000;
margin:5px;
}
.deleted-comment {
font-style:underlined;
color:transparent;
}
.feed-links {
clear: both;
line-height: 2.0em;
}
#blog-pager-newer-link {
float: left;
}
#blog-pager-older-link {
float: right;
}
#blog-pager {
text-align: center;
}

 Edit : 
ABC : Warna Border tengok sini SINI
ABC : Tukar kepada solid / dotted / dahsed 
ABC :  Warna Background 5. Kemudianu SAVE je la ye..

6. Lepas itu try la tengok hasil nya..menjadi tak? Harap komen lepas buat ye.

Kenapa Income tak masuk-masuk ? -,-

Yeahh ... Sekarang ramai blogger pasang iklan dekat blog diorunk untuk side income.. Aku jeles kadang-kadang bila baca diorunk dah boleh cashout money daripada syaikat pengiklanan... tapi rezeki itu ada dekat mana-mana kan ? Jadi , kena lah bersabar !

Aku nak share something pada korunk...  yup , memang aku tak ada pengalaman lagi dalam aktiviti cahsout money ini...  dan tak berapa arif tentang ini.. *baca , melalui blogwalking blog lain ,  ada entri untuk iklan..  memang aku akan baca... sebab aku nak tahu kenapa .. hihi.. *Sekarang aku nak korunk tahu pula :)

Pengiklanan yang paling popular di kalangan blogger :
  • Churp-churp
  • Nuffnang
  • Says
  • Advertlets
Kenapa Income Korunk tak naik-naik ? ? 
Salah satu puncanya ialah :
Klik Iklan sendiri
Kerana inginkan income yang cepat...Sampaikan ada yang sanggup klik Iklan sendiri..Tak kira lah Churp Churp , Says ,Nuffnang atau mana-mana iklan..Sia sia saja korang tekan 10 kali 40 kali. * Kalau korang klik iklan sendiri IP adddress korang , pihak pengiklan tu akan kesan.. Ingatkan nak income lebih kan padahal apa yang korang wat tu sia sia je..Ingat IP address korang dikesan ! ! ..

Klik satu Berlambak Ads Keluar
Err , aku dah banyak kali tertipu... biasanya ada yang salah menggunakan fungsi button spoiler untuk menipu ... Pernah tak korunk blogwalking then bila korunk klik button spoiler mereka... tekan 1 link dekat 10 tab keluar... Aku memang marah betul lah... Korunk tak rasa ke tindakan korunk itu salah ? ? kalau nak jadi promoter.. jadi promoter yang bijak dan tak menyusahkan orang lain... Kalau orang itu marah maki hamun disebabkan tindakan tadi .. Adakah korunk punya income adalah halal ? ? Renngkanlah...

Bukan Setakat Klik saja
Dulu aku tertanya-tanya gak.. eehh , iklan ini takkan klik saja-saja kot ? Mesti ada message yang nak disampaikan Contoh... Gaya hidup sihat... Jangan Cari Penyakit !
Bila korunk dah klik... baca lah sekali apa yang hendak disampaikan... bukankah pesan-memesan itu amalan yang dituntun... Tak salah selagi ianya baik demi kebaikan semua pihak ...

Buat apa yang dilarang tak nak ikut apa yang disuruh..
Haaa , ini lagi satu benda yang penting ! Sebelum korunk share sesuatu iklan tersebut.. pernah korunk baca ada syarat-syarat DO and DON'T yang perlu kita ikut ... ingat ! Jangan SPAM link dekat inbox atau mana-mana yang dilarang.. karang tak pasal-pasal syarikat pengiklanan tak bagi income.. siapa yang nangis ? huhu

Cara nak dapat income !
Cara nya senang..ikut peraturan yang dah ditetapkan..
Tak paksa orang klik iklan kita..
Dan tak de istilah "U klik i klik"

tak SPAM pada inbox orang..
Korang ada Facebook kan Twitter..Kenapa tak share je kat Facebook atau Twitter korang..Manalah taw ade yang tertarik nak tengok iklan tu..

Okeyh.. ini dulu yang aku share :) Korunk semua kalau nak daftar Churp-churp atau Says.my Just kik Link iklan ini dan sign up guna Fb/Twitter Korunk :) Complete semua yang ditanya.. dah bolehlah korunk menjadi promoter...
Ingat , biarlah kita lakukan sesuatu itu dengan penuh keikhlasan.. 
Kita yang buat dia , jangan sampai ianya yang buat kita 
buntu dan menggunakan jalan mudah... -ayat abang yang selalu dipesan:)*
 dalam dunia kalau nak dapat duit pun tiada jalan "shortcut" *ada pun pasti parah diakhirnya kelak*


Spontaneous Thursday | Awal sekolah Januari


Salam buat semua... 
all right ,baru habis membaca surah yassin untuk Khamis malam Jumaat ini.. 
dan sekarang masa belajar 
*walaupun rasa macam relaks dan sambil buat muka tak bersalah*
mengupdate entry buat hari ini.. hahha.. peace yaw !

Awal sekolah bulan Januari korunk macam mana ? ? 
hmm , tahun aku untuk 2012 ini awal-awal sekolah 
kerja dah melambung banyak macam nak lambung-lambung aje semua kerja tersebut !
MENGGUNUNG !
* itu yang curi masa update nie , takut tak terupdate.. eerrr -,-*

Ramai kawan-kawan aku mengeluh...
tapi dengan wajah selamba aku berkata 
"Aiisshh ! tak elok mengeluh ! tinggal satu tahun jek nie :) "
-eleh.. korunk keluh-keluh pun tangan jalan juga.. 
Apa maknanya tuh ? ? hahaha...

Moral of the homework : buat kerja biar ikhlas... dan semoga dengan keikhlasan 
itu akan membantu serta membawa kita mencapai cita-cita dan impian... 
biar kita susah dulu , bersenang di kemudian hari..

Masih ingat lagi quote aku ini :
THE QUITTER NEVER WIN , 
BUT 
THE WINNER NEVER QUIT ! :)
kalau buat sambil mengeluh... apa yang kita dapat ? ?
Hanyalah penat ! Rugi tak ? rugi tak ?
so , fikirkanlah :)




Psst ! Perempuan Harus Ambil PERHATIAN !


Salam semua ! :)
Apa khabar ? harap sihat sejahtera.. 
cuaca dekat Kota Tinggi ini tak menentu.. selalu hujan.. kadang pansa terik ! 
memancar cahaya matahari.. kadang hujan turun like "cat and dog ! "
Jadi jaga kesihatan masing-masing okeyh :)

Actually aku nak kongsi kan satu info yang 
aku rasa sangat-sangat dan patut aku share kan kepada
 korunk semua terutama kepada sesiapa yang bergelar Wanita / Perempuan / Gadis !

Apakah yang dimaksudkan itu ? ? Mari baca dan hayatinya :)
*ingat jangan baca saja !*

1. Bulu kening 

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian
 

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

 Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
 Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jadi , dah tahu kan ? Apa lagi.. mulakanlah sesuatu yang baru dengan yang baik ! Sharing is Caring ! :)
sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah , dan yang buruk itu melalui kelemahan diri aku sendiri..
Wasalam :)



SPORT ! SPORT ! 'Yakin BOLEH !'

this is short entry ! *nak cepat post sebab ana banyak kerja lah.. :P*


Okeyh.. Sekarang ini sudah bermula 
musim sukan bagi sekolah aku.. kamu semua dah mula kaa ?... 
bila datang musim sukan pastinya ada 
Hari Sukan
Hari Sukan buat semua pelajar menyertai...
di mana pelajar akan bersorak-sorak untuk raannya yang
 berjuang di atas padang/balapan untuk memenangi acara yang dipertandingkan...

Minggu Sukan
 Semua atlet akan melatih diri/memperbaiki diri/dan memajukan diri 
dari segi kepantasan , stamina , daya tahan kardiovaskular dan serumah
 dengannya untuk melawan musuh *yang baik*...

Tahun Sukan..
Tahun Sukan ada ke ? ? ?
ermm , Tahun sukan buat aku di sini means..
dalam satu tahun.. aku nak masuk semua sukan seperti yang tahun sebelum ini :)


But , the question is can I be What I get Like the Previews year ? ? ?
Nak tahu dapat apa ? Baca sini >Detik terindah Buat SEORANG JUARA !! <

tapi aku nak buat yang lebih terbaik daripada tahun lepas 
untuk SUKAN DAERAH kerana 
tahun ini merupakan tahun last aku sebagai pelajar SMK BANDAR MAS... 
memang tahun ini aku berazam takkan menghampakan cikgu sukan like before. 

I promise that I will give my best !

ME LOVE MY SCHOOL AND LOVELY TEACHER !

p/s dari atlet : this is short story ? ? Puihh ! hahaha
kidding ! :) Have a nice Day !


Tanda Kamu Mengalami Tekanan !



Tekanan boleh terjadi pada bila-bila saja dan berkaitan dengan banyak hal, seperti wang, pekerjaan,anak-anak atau mertua. Tapi pada keadaan tertentu tubuh juga perlu ketenangan dan bebas daripadatekanan. Ini dia 12 tanda saatnya tubuh perlu ketenangan.

Saat tekanan datang atau berada dalam situasi tertekan, maka seseorang mempunyai pilihan untuk melawan rasa tekanan tersebut atau justeru melarikan diri. Pada masa yang sama hormon stres akan mengalir melalui sistem tubuh, jika tidak segera diatasi hormon stres ini boleh menyebabkan kerosakanfizikal dan mental.

Dipetik dari Health24, Khamis (30/9/2010) ada 12 isyarat yang dikeluarkan sebagai tanda bahawa tubuh memerlukan ketenangan, iaitu:

1. Sakit Kepala

Saat panik, seseorang tidak boleh berfikir dengan jernih. Lonjakan adrenalin akan menyebabkansebahagian aliran darah dialihkan dari otak dan dihantar ke otot. Hal ini akan menimbulkan rasa sakit kepala ringan.

2. Bernafas lebih cepat

Otot-otot tubuh memerlukan peningkatan kadar oksigen agar boleh berfungsi dengan baik apabila panik.Satu-satunya cara untuk mendapatkan banyak oksigen adalah dengan mempercepatkan proses bernafas.

3. Tidak boleh tidur
Ketika panik, akan muncul banyak fikiran dan perasaan cemas sehingga membuat seseorang tetapterjaga. Sebuah proses kimia yang kompleks akan mencetuskan seseorang tertidur setiap malam, tapiproses ini akan terbantut jika adanya hormon kortisol yang tinggi. Padahal seharusnya hormon ini beradadi peringkat terendah saat malam hari.

4. Tubuh merasa gatal dan muncul eksim
Kelebihan hormon kortisol saat panik akan merangsang pelepasan histamin di dalam tubuh. Keadaan iniakan menyebabkan timbulnya gatal-gatal di kulit atau eksim yang tiba-tiba muncul kembali.

5. Tubuh berpeluh
Ketika panik, maka denyut jantung dan tekanan darah akan meningkat. Hal ini menyebabkan seseorangberpeluh lebih banyak untuk menjaga suhu tubuh tetap stabil.

6. Penglihatan menjadi kabur
Ada banyak penyebab penglihatan seseorang menjadi kabur. Tapi ketika terjadi serangan panik, akan membuat tekanan darah tinggi yang mencetuskan sakit kepala dan menyebabkan penglihatan kabur.

7. Menjadi lebih kerap ke tandas
Beberapa orang yang mudah merasa cemas atau panik akan membuat tubuh kehilangan vitamin B6 dan menyebabkan seseorang menjadi sering buang air kecil.

8. Berat badan naik atau turun
Saat panik menyerang beberapa orang ada yang cuba mengatasinya dengan cara makan yang tidak sihatatau justeru tidak memiliki nafsu makan. Keadaan ini membuat berat badan seseorang menjadi bertambah atau justeru menurun.

9. Mudah terkena ulser mulut
 Salah satu penyebab ulser mulut adalah kekurangan vitamin B12, dan penyebabnya adalah datang dari adanya voltan atau panik secara terus menerus.

10. Mengambil alkohol lebih banyak
Beberapa orang ada yang mengatasi rasa paniknya dengan mengambil alkohol, tapi jika konsumsinyaberlebihan akan membuat tubuh menjadi stres dan memburukkan keadaannya.

11. Sering terkena jangkitan
Ketika tubuh sering mengalami panik, maka secara tidak langsung tubuh selalu berada dalam keadaansiap sedia. Hal ini tentu sahaja akan menjejaskan sistem kekebalannya, sehingga lebih mudah terkenajangkitan.

12. Tidak tertarik pada seks
Percaya atau tidak saat tubuh merasakan panik, maka seks tidak termasuk dalam senarai keperluan yang penting. Dan jika panik terus menerus berlaku, maka akan menjadi malapetaka bagi peringkat libidoseseorang.
Jika mengalami keadaan tersebut, berilah tubuh masa untuk berehat atau tenang. Misalnya dengan cara mempelajari menghirup aromaterapi yang menenangkan, bernafas dalam-dalam atau meminum air kosong. Yang lebih penting dekatkan diri kita dengan tuhan. Agar diberi ketenangan.




Message Jurulatih Buat Aku

Aiyoorkk ! Baru seminggu tak buka Fb.. tapi.. errr
Niat hati tak mau buka langsung... tapi kenapa sangat-sangat tergerak hati mau buka..
Bila buka saja fb punya akaun... 
Tertanya-tanya hati.. "ada juga orang nak bagi mesej dekat aku"
*abaikan ayat pelik ini.. huhu.. memang selalu bukan aku mesej-mesej ke ? ? hehehe.. *.. 

Ada satu mesej daripada Jurulatih yang tak letih-letih melatih aku.. 
Apa mesej Jurulatih aka Papa Wan :


EEerrrkk ... Terdiam dan terkedu buat seketika... 
*mana tidaknya.., baru minggu pertama sekolah... tapi mesej/pesanan buat atlet dah sampai.. baru nak panaskan badan dengan buku kan ? ? * 
- act : fake aje tuh .. sebenarnya seronok ! Bulan 1 , 2 , 3 rentung ? -

Hmm , Aku kena cari ayat nak balas apa dekat Cikgu  Azwan nie ek ...
 binggung , benggong , dan berfikir ayat terbaik untUk jawapan diatas...
Balas pendek aje dengan menaip ..."Insya'Allah ;)"
Tarikh perlawanan memang rapat-rapat macam tahun sebelumnya.... 
dan aku tak mahu hampakan cikgu-cikgu sukan macam tahun 2011.. 
Aku nak adil pada semua Cikgu Sukan... Bisakah ? ? ? 
Debar - debar rasanya.. bijakkah dan bolehkah aku menguruskan masa untuk sukan dan seimbangkan pelajaranku seperti tahun-tahun sebelum ? ? ?
Ya Allah , semoga aku tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha... dan Kuatkan hatiku untuk menerima sindiran yang bakal  menusuk telinga dan hatiku...
Amin... Amin.. Amin.....

Lots Of Hope : Nurrul


Kisah Calon Menjadi Barber


Salam buat semua ! apa khabar ? sihat ta ? ? 
waaa , dah lama tak ada post baru nie.. huhu
Al-maklumlah.. budak sekolah mesti buat cara budak sekolah ye dak ? ? ? 
Anyway , nak buat pengakuan nieh.. huhu *jangan marah naa...
Aku sebenarnya tiap-tiap hari buka blog , tapi belum beberapa saat aku matikan balik... 
at least sebelum benda yang 'larra' datang... aku nak jauhkan lah buat ketika ini... 

Fokus and Back to study ! this my mission this year and future aim ! :D
Tak apa kan ? jangan marah naa.. daripada tak buka nanti masa belajar dok bayang-bayang aje... 
tak masuk juga apa yang aku baca/study/ulang-ulang - betul ke statement aku nie ? 
Apa pendapat korunk-korunk ? Cer bagitaw sikit....

EEhhh , kejap-kejap apa kena mengena dengan tajuk hang ek ? 
Rasa macam tak ada kena mana pun...
errr... Kesal ! lain kali bagi tajuk betul-betul lah.. huhu


Tengok apa daa jadi ? ?? .. Korunk nak tahu apa ceritanya ? ? 
Meyh kita terbang atas pelangi  di My Lovely Sister story-mory pasal ini...
Lawak lahh.... huhu 
Nota buat Pelangi : Jangan buat eksperimen nak jadi barber dekat my lovely and musyuk danish yer ? :D
Sayang kak Gie ! Muarrgghh ! Danish bagi air liuk !


SEPI tanpa kata........



Aku Pilu...
Aku Hiba...
Aku Sedih...
Aku Rindu...
Aku Berduka...
Aku Menangis...

dan aku...
Akhirnya keseorangan... :(

Bila naik sekolah saja.. Bila habis masa cuti.. Bila weekend bertukar weekdays ...
Rumah aku yang penuh dengan keriangan dan kekecohan akan
bertukar menjadi sepi , sayu dan sunyi...

errr ... aku tinggal bertiga saja di rumah..
my dad , my mum and me ....
nasib baik ada 7 kor kucing yang nomey-nomey buat peneman dan periang hati ini... mm...

Aku tunggu korunk semua untuk cuti sekolah raya China...
♥ abang long
♥ kak long .
♥ abang ngah
♥ kak ngah ,
♥ abang lang
♥ kak lang ,
♥ abang jang ,
♥ abang ude
♥ adik utam ,
 adik usu 
dan
my sweet love  Danish ! :)
"Mengapa terjadi keadaan begini ?
dikala aku dan yang lain sedang bersuka-ria ... berkumpul bersama ...
Kalau memang perjumpaan dan perpisahan memang berlaku... aku terima .. qada' dan qadarnya
aku berdoa.. sentiasa berdoa ... dan selalu berdoa ...
siang dan malam tanpa henti ....
semoga pertemuan dan perpisahan ini diredhai Allah S.W.T :D "
*ubah suai lagu artis kesayang - rindu serindu rindunya - *

ME LOVE MY FAMILY ! 


Tutorial : Background Cbox


Preview
1. Log in Cbox.

2. Pergi Ke Look&Feels -- > Click Style Present 

3. Cari dan Transparent , Comfirm .

4. Kemudian Klik Color and Fonts .
5. Korang just tukar kod warna pada kotak yang ada kod saja , jangan sentuh kotak yang tak ada kod !

6. Dah siap dengan warna ke korang click apply ! :")

Letak Dalam Blog
1. Dashboard --> Layout --> Add A gadget -- > Edit Html

2. Copy kod di bawah dan paste dalam Html
<div style="Background: url(url images); repeat;border:1px solid #8258FA; ">
Code Shout Box</div>
 EDIT :
ABC : Url Images
ABC : Border tepi Cbox Kod Color 
ABC : Code Cbox 

3. Save dan Preview.... 
Jadi tak ? Kalau jadi bagi tahu Nurrul yer :")