Sejak aku buat entry tentang ambil lesen kereta masa ujian JPJ kereta , banyak pulak keywords yang mencari perkataan " Tips Ujian JPJ Kereta" bahagian II dan III... So hari nak share tips yang berguna buat korunk.. Semoga tip-tip ini membantu korunk untuk lulus dapatkan lesen dengan cemerlang.. !
Masuk kereta apa-apa pun mulakan semuanya dengan baca bismillah , Zikir , Selawat untuk tenangkan diri.. Opss , Jangan lupa pakai Seat belt itu paling penting ! :)
Bahagian II :
Mendaki Bukit. *tips sendiri
[Percubaan diberikan hanya 2X selagi tak angkat tangan sedia ,Mati Enjin Tiada masalah hidupkan jelah balik semula]1. Pijak pedal Clutch , masuk gear 1.. Angkat pedal Clutch separuh.
2. Kereta akan bergerak perlahan-lahan.. tekan pedal minyak sikit sampai kereta rasa laju sikit..*kalau tidak kereta kawan ke bawah lerr
3. Bila sampai setengah dari bukit..keadaan kereta laju , lepaskan pedal minyak.. Kaki kanan bertukar ke pedal brek, dan pijak pedal clutch
4. Bila cermin sisi menghampiri palang/tiang pertama cepat-cepat pijak brek dan clutch serentak !
5. Tarik handbrake dan free kan gear..
6. Intai kot cermin kereta sama ada tayar depan cecah pada line kuning ke tidak..-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
7. Kalau dah pasti , angkat tangan tanda kita bersedia untuk bergerak.. Kalau tak melepasi , sila turut bukit dan ulang langkah 1 semula..
8. Masa nak turun bukit , masuk gear 1 dan tekan minyak sampai meter 3.5 .
9. Angkat clutch perlahan-lahan sampai rasa kereta tuh mendak/ ke depan .
10.Turunkan handbrake dan kereta akan bergerak menuruni bukit..
Parking
[ Mati Enjin Tiada masalah hidupkan jelah balik semula Dan Teruskan ]1. Jalan kan kereta dan rapatkan ke kiri sedikit sehingga cermin sisi belah kiri tempat duduk belakang betul-betul dalam berkeadaan "Tengah" selari dengan tiang pertama parking .
Brek , Free Gear dan Tarik Handbrake ..
2. Pusingkan stering kereta ke arah kiri sehingga habis dan
3. Tekan clutch , masuk gear reverse , turunkan handbrake dan angkat clutch perlahan-lahan..
4. Undur secara perlahan-lahan sehingga tayar belakang kereta berukuran 2 tapak sebelum garisan hitam putih..
5. Seterusnya , berhenti dan pusingkan stering ke arah kanan pula sehingga habis dan undur secara perlahan..
6. Pastikan kepala kereta ( hadapan ) tidak kena dengan tiang pertama , dan masuk secara perlahan-lahan..
7. Undur kan kereta tapi jangan sampai terlanggar tiang belakang , beri sedikit ruang belakang..
8. Seterusnya pusingkan stering ke arah kanan sehingga habis dan gerakkan kereta ke depan sehingga berada di tiang hadapan ( Jangan sampai terlanggar pula )
9. Masuk gear reverse and then biarkan stering dalam keadaan arah kekanan . undur sehingga ketengah-tengah kotak , dan angkat tangan ke arah JPJ
10. Akhirnya tinggal keluar je dari kotak parking , itu menandakan berjaya melakukannya
Parking 3 Penjuru *Tips Cik Misnun
[ 3 Penjuru hanya boleh buat 3X PERGERAKAN SAHAJA , Mati Enjin GAGAL ]1. Gear 1 , tarik clutch setengah , biarkan kereta bergerak perlahan-lahan sahaja.
2. PERGERAKAN 1-Masuk secara serong ,cuba rapatkan kenderaan kearah kiri sedikit(jgn sampai terkeluar garisan)dan pusingkan stering ke arah kanan dan lantas tekan clucth dan brek..
Free gear dan tarik handbrake...
Pusingkan stering ke arah kiri sehingga habis..
3. PERGERAKAN 2-Tekan clutch masuk gear reverse , turunkan handbrake dan undur secara perlahan-lahan..
4. PERGERAKAN 3-Bila kereta dalam keadaan lurus tekan clutch dan brek.. Free Gear, Tarik handbrake..
Pusing stering ke arah kanan 2x , masuk gear 1 , turunkan handbrake.. Keluar dari tapak parking 3 penjuru.
^_6 Keluar dari kereta dengan perasaan happy :) Sebab debaran Bahagian II dah habis ,
Samiqa, saya dah bookmark page ni! Tak sangka ada entry ringkaskan nak lulus jpj dgn lebih cepat dan mudah ;))
ReplyDelete#baru follow sini
knapa 3 pnjuru tu tak sama cam yg sy blaja ye ?? yg sy blaja bila dahh pusing ke kiri habes , smpai tngah2 balas ke kanan blikk baru boleh lurus tayar tu . klu tak pusing cam ne nk lurus .. gagal la klu gitu ..
ReplyDeleteits depend on your teacher who teach you my dear..
Deleteits just from my tips to guide, there are many tips out there..:)