Tutorial : Cara Masukkan Gambar Lain (Sai)

Hari tuh ada bagi Freebies Mata Doodle kan ? So hari ini aku nak share cara nak masukkan Mata Doodle ke dalam doodle yang korunk nak lukis tuh.. :) 
1. Buka Paint Tool Sai , File > Open > Choose your picture
2.Tekan Serentak CRTL+A , bila korunk nampak ada garisan putus-putus > tekan CRTL+C pula..
3. Pergi dekat layer lukisan korunk.
4. Tekan Serentak CRTL+V , nanti gambar tuh pun keluar.. Korunk kena tick Transform > Then, Adjust kebesaran saiz gambar tersebut mengikut kesukaan..
5. Bila dah siap adjust , tekan pada layer lukisan korunk untuk menyambung membuat lukisan sampai siap semuanya.. :)

Mudah saja kan ?? Hee.. :) Selamat Melukis !! 


Tawaran Matrikulasi

Semalam Sam suruh aku buat Semakan Tawaran Tingkatan 6 2013/2014 , sekali semak ... Harap maaf , okeyh dah tahu memang tak dapat lah tuh ... Hati dah rasa sedih sikit lah.. Nak tidur semalam pun pejam celik pejam cellik jee... Huhh... Try tanya kawan-kawan yang lain tuh... Mungkin rezeki aku dekat tempat lain katanya... Hari ini pulak cuba buat Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi memandangkan kawan-kawan aku duk kata dapat di nun nun sana.... Sekali check memang dapat tawaran Matrik nie... cuma yang tak boleh tahannya.... cuma ........
 Kenapa Matrik nie tak campak aku dekat Labuan ajeee sana ? ? ? .. kan lebih jauh.... Lebih mencabar tak ke gtuh.. hehe.. Btw , Pulau Pinang pun aku tak pernah jejak lagi.... Yang aku tahu hampir kesemua penduduknya Cina... hoho... Ramai kawan-kawan seperjuangan ku yang tercampak dekat sini.. Budak akaun pulak dekat Perlis sana.. Jadi orang Utara ler...
Terima atau tidak ? ? Act , Matrikulasi ini jalan/pilihan terakhir aku.. Kalau ada tawaran IPTA aku akan pilih tawaran IPTA dulu... tapi tulah.. tak tahu tarikh bila dapat keputusannya... Just be Patient ...
Interview ohh interview untuk Pengajian Sukan.... Bila nie ? Kompius den.. Haihh..




Tips Lulus JPJ Kereta #2

Bahagian III :
First at all , apa yang penting bila dah masuk dalam kereta kena lah sapa Encik JPJ yang nak uji kita tuh , "Assalamualaikum Tuan , Good Morning ke " Jangan takut nak buat benda nie ,orang jarang buat benda nie taw.. at least tak ada lah penguji tuh rasa tunggul ajee duduk sebelah awak tuh..

2. Dah ada komunikasi dua hala kan senang nak buat kerja , tanya lah "boleh saya mulakan ? " . Jangan lupa buat 5 perkara sebelum memandu (5markah bonus kalau buat jangan buang gtuh ajee) : Check semuanya.. - Betulkan tempat duduk, Cermin pandang belakang / Side Mirror, Seat belt , Check Free Gear Start Enjin , uji Komponen Kereta (lampu isyarat , lampu kecemasan , wiper dan last hon ) ini semua kena buat secara susunan taw , jangan main belasah ja , hilang markah nanti .

3. Hon pun dah bunyi menandakan korunk dah bersedia nak bergerak , jadi tanyalah Encik JPJ "Boleh saya gerak sekarang ? " , dia angguk ke bagi respond jalan lah macam biasa.. [ drive macam yang korunk belajar selalu dengan cikgu korunk tuh.. :) ]

4. Kalau dia ajak berbual , korunk berbual lah , at least hilang sikit rasa nerveous tuh , lagi 1 dia akan rasa yang korunk nie macam dah expert ajee bawa kereta, yelah siap boleh berbual lagi.. Happy gtuh.. Jangan tunjuk sangat yang korunk takut dengan dia..

5. Walaupun berbual , still dalam keadaan FOKUS , Itu PENTING !! karang hentah kemana aja korunk bawa JPJ tuh , payah pulak..

6. Dalam hati biar selalu ingat Allah , selawat , zikir , tak pun baca ayat ini:
" Allah huummayasir walatuasir " - Maksud ayat : " Ya Allah , permudahkanlah urusanku dan jangan engkau susahkannya. "

7. Ini trick JPJ ehh , tiba-tiba kalau dia cakap " Ehh , ramai lagi saya nak uji yang lain nie , lambat sangat lah awak pandu , boleh laju sikit tak ? Bawa 80km ke.. Cakap balik dekat JPJ tuh , "saya hanya boleh memandu 60km sahaja sebab saya masih Lesen L "
Kalau korunk try sebat juga max had laju pengguna lesen L (60km), automatik JPJ palang gagal, apa-apa trick dia , balik pada peraturan yang korunk belajar semula.. :)

8. Bila dah habis diuji , dan Encik JPJ dah serahkan borang uji kepada korunk jangan lupa ucap terima kasih , Even LULUS ke TAK LULUS jangan berat mulut untuk ucapkan TERIMA KASIH.. :) Tak kena bayar pun kan ??
- Kalau Lulus memang senyum sampai telinga , tapi kalau yang gagal tuh , manalah tahu bila korunk retest dengan JPJ yang sama , apa perasaan korunk kalau tak senyum dan berterima kasih test sebelum nie ?
Harap-harap tips di atas ini semua dapat membantu kepada siapa-siapa yang sedang mengambil lesen kereta sebagai rujukan... :) Ada Extra tips ? Meyhh share dekat Nurrul sini.. btw , Good Luck Yea !! :D


Tips Lulus JPJ Kereta

Sejak aku buat entry tentang ambil lesen kereta masa ujian JPJ kereta , banyak pulak keywords yang mencari perkataan " Tips Ujian JPJ Kereta" bahagian II dan III... So hari nak share tips yang berguna buat korunk.. Semoga tip-tip ini membantu korunk untuk lulus dapatkan lesen dengan cemerlang.. !
Masuk kereta apa-apa pun mulakan semuanya dengan baca bismillah , Zikir , Selawat untuk tenangkan diri.. Opss , Jangan lupa pakai Seat belt itu paling penting ! :)
Bahagian II : 

Mendaki Bukit. *tips sendiri
[Percubaan diberikan hanya 2X selagi tak angkat tangan sedia ,Mati Enjin Tiada masalah hidupkan jelah balik semula]

1. Pijak pedal Clutch , masuk gear 1.. Angkat pedal Clutch separuh.

2. Kereta akan bergerak perlahan-lahan.. tekan pedal minyak sikit sampai kereta rasa laju sikit..*kalau tidak kereta kawan ke bawah lerr

3. Bila sampai setengah dari bukit..keadaan kereta laju , lepaskan pedal minyak.. Kaki kanan bertukar ke pedal brek, dan pijak pedal clutch

4. Bila cermin sisi menghampiri palang/tiang pertama cepat-cepat pijak brek dan clutch serentak !
5. Tarik handbrake dan free kan gear..

6. Intai kot cermin kereta sama ada tayar depan cecah pada line kuning ke tidak..-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.

7. Kalau dah pasti , angkat tangan tanda kita bersedia untuk bergerak.. Kalau tak melepasi , sila turut bukit dan ulang langkah 1 semula..

8. Masa nak turun bukit , masuk gear 1 dan tekan minyak sampai meter 3.5 .

9. Angkat clutch perlahan-lahan sampai rasa kereta tuh mendak/ ke depan .

10.Turunkan handbrake dan kereta akan bergerak menuruni bukit..

Parking
[ Mati Enjin Tiada masalah hidupkan jelah balik semula Dan Teruskan ]

1. Jalan kan kereta dan rapatkan ke kiri sedikit sehingga cermin sisi belah kiri tempat duduk belakang betul-betul dalam berkeadaan "Tengah" selari dengan tiang pertama parking .
Brek , Free Gear dan Tarik Handbrake ..

2. Pusingkan stering kereta ke arah kiri sehingga habis dan

3. Tekan clutch , masuk gear reverse , turunkan handbrake dan angkat clutch perlahan-lahan..

4. Undur secara perlahan-lahan sehingga tayar belakang kereta berukuran 2 tapak sebelum garisan hitam putih..

5. Seterusnya , berhenti dan pusingkan stering ke arah kanan pula sehingga habis dan undur secara perlahan..

6. Pastikan kepala kereta ( hadapan ) tidak kena dengan tiang pertama , dan masuk secara perlahan-lahan..

7. Undur kan kereta tapi jangan sampai terlanggar tiang belakang , beri sedikit ruang belakang..

8. Seterusnya pusingkan stering ke arah kanan sehingga habis dan gerakkan kereta ke depan sehingga berada di tiang hadapan ( Jangan sampai terlanggar pula )

9. Masuk gear reverse and then biarkan stering dalam keadaan arah kekanan . undur sehingga ketengah-tengah kotak , dan angkat tangan ke arah JPJ

10. Akhirnya tinggal keluar je dari kotak parking , itu menandakan berjaya melakukannya

Parking 3 Penjuru *Tips Cik Misnun
[ 3 Penjuru hanya boleh buat 3X PERGERAKAN SAHAJA , Mati Enjin GAGAL ]

1. Gear 1 , tarik clutch setengah , biarkan kereta bergerak perlahan-lahan sahaja.

2. PERGERAKAN 1-Masuk secara serong ,cuba rapatkan kenderaan kearah kiri sedikit(jgn sampai terkeluar garisan)dan pusingkan stering ke arah kanan dan lantas tekan clucth dan brek..
Free gear dan tarik handbrake...
Pusingkan stering ke arah kiri sehingga habis..

3. PERGERAKAN 2-Tekan clutch masuk gear reverse , turunkan handbrake dan undur secara perlahan-lahan..

4. PERGERAKAN 3-Bila kereta dalam keadaan lurus tekan clutch dan brek.. Free Gear, Tarik handbrake..
Pusing stering ke arah kanan 2x , masuk gear 1 , turunkan handbrake.. Keluar dari tapak parking 3 penjuru.

^_6 Keluar dari kereta dengan perasaan happy :) Sebab debaran Bahagian II dah habis ,

Ingat ! PASTIKAN semasa korunk diuji tiada bunyi lain selain bunyi enjin kereta korunk pandu, kalau ada bunyi wisel atau ada arahan yang suruh korunk turun dari kereta , sah sah itu maknanya korunk GAGAL ! :<
Tips Lulus JPJ Kereta #2 - BAHAGIAN III

Bahaya Panadol Actifast Atau Soluble !!





Jangan Ambil Panadol Actifast Atau Soluble Lagi! - Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.

UNTUK PENGETAHUAN,

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya :

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Mencegah lebih baik daripada merawat !! :]


Lirik Lagu | Hakikat Bahagia


Hakikat Bahagia – UNIC
Klik button play untuk dengar..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Penuh makna yang tersirat , semoga kita mendapat kebahagiaan yang tenang dunia dan di akhirat :) Suka sangat dengan lagu-lagu UNIC :D


Anugerah

Ada surat yang menjemput diri aku ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2013 SMKBM... Diri ini menjadi lagi pelik.. nak kata result SPM aku cemerlang dalam mimpi mungkinlah.. sebab sepanjang aku sekolah menengah memang tak ada lah aku join Majlis yang cemerlang-cemerlang macam nie.. Baru kali nie dapat huh .. Pagi nie pergi sekolah around pukul 9 , aku jumpa budak-budak yang lain.... Tengok muka dah tahu dah diowg dapat untuk apa , comfirm budak terbaik SPM 2012 ... Aku masih tertanya apa .... anuegrah yang diberikan sebenarnya.... Duduk sit pun jauh dari budak-budak nie...

Nama dah dipanggil untuk ambil hadiah ... Hmm , memang berkaitan dengan kokorikulum pun.. Em, Anugerah Cemerlang Olahraga SMKBM 2013 , AKU kah ? Alhamdulillah , ada juga penghargaan buat aku walaupun aku tak dapat sumbangkan nama sekolah untuk akademik , aku masih memberi sumbangan dari aspek kokorikulum... Berhitam belang muka dekat padang dapat anugerah , satu kepuasan buat aku.. Terima Kasih jurulatih yang tak letih dan sabar melayan kerenah aku yang tak getii nak dok diam nie.. hehe :)

Jumpa pulak salah dua geng yang sama-sama belajar / lepak / karuk dengan aku niee , Priya dengan Rabiah , masing-masing dapat anugerah untuk matapelajaran terbaik.. Syabas Kawan.. ^_^ Gambar dekat bawah nie pulak, gambar budak yang dikategorikan cemerlang SPM 2012 , nie semua 6A lah , lagi 3 subjek aku tak tahu... hehe :P Tahniah My Friends...

Pulak tuh tak sedar diri , hari ini hari Jumaat , jam dah pukul 12.30pm , sempat lagi aku ,Priya dan Rabiah lepak-lepak kejap dekat rumah Zahidah , saja datang... Nak tengok apa budak nie buat dekat umah... Haha... Mengular ajee macam aku , tak kerja.. Nak kerja Mak pulak tak bagi... so sad :(
Fuhhh , bila masuk sekolah rasa segan pulak aku.. kenapa ekk ? Kalau masuk sekolah pergi padang aku tak ada rasa apa-apa , paling-paling nak join bermain/berlatih sekali.... Pernah korunk alami sedemikian rupa ?? 


Tutorial : Coloring Doodle (SAI)

Sambungan Tutorial : Make Your Own Doodle .
Malas bebel panjang , jom kita mewarna .... Jom !
Buka File doodle yang korunk design , make sure type images dalam SAI taw..
1. Double Click the first Layer . Nanti pop window akan keluar .. Sila tukar nama layer tersebut , contoh "warna" / "color" atau yang korunk punya suka lah..
2. Patah balik pergi dekat layer design doodle multiply mode korunk , Click Magic Wand ... Kemudian adjust warna pilihan korunk...
3. Click pada area yang korunk nak warnakan dulu , contoh : bahagian tudung , bila korunk click jangan panik bila ada warna biru yang keluar , itu acahh ajee.. haha , normal semua tuh...
4. Select pada layer "warna" / "color" korunk ,
5. Pilihlah bucket senang nak warna sekali tekan ajee.. hehe warnakan area warna biru/yang ada garis putus-putus tuh..
6. Bila dah siap mewarna , Pergi dekat selection > Choose Deselect .
Huhh , ulang semula steps 2-6 untuk warnakan bahagian yang lain tuh.. Habiskan mewarna doodle design korunk tuh.. jangan separuh jalan ajee... :P

Tone Effect Color :
7. Ulang langkah  2-4 dengan menukarkan warna color , contoh dekat tudung tadi Nurrul warnakan dengan warna pink , so Nurrul tukar warna merah pulak..
8. Gunakan AirBrush untuk buat warna tone.. Design mengikut citarasa masing-masing...
9. Bila dah siap buat tone dah puas hati , Pergi dekat selection > Choose Deselect .

10. Bila semua dah siap warna , toning pun cantik , so pergike File > Save Image
11. Pop Window keluar , tukar type SAI kepada PNG , click Save...
12. Boleh lah upload gambar doodle korunk tuh dalam belog....

Nak tengok pulak design korunk ... hehe :) Meyhhh , bagi Nurrul tengok sikit doodle tuh.. :) Harap doodle korunk menjadiii... Selamat Mewarna ! 


Tutorial : Making Doodle (SAI)

Nie first time buat doodle really aku yang buat.. haha cacat kan tangan , kaki lagi lah tak ada lagsung , tertimbus dengan tanah pasir tuh mungkin.. lalala :P *masih dalam proses belajar design  shape.. haha rajin-rajin lah buat.. kalau tidak macam tuh jelah doodle aku yer sampai bila-bila... Tak nak berleter panjang , Puas Gelakan aku punya , now try hang buat pulak.. check nak tengok macam mana ? :)
Sila buka Paint Tools SAI korunk sekrang untuk memulakan buat dodol nie.
1. Click File > New [ Adjust Width dan Height mengikut kesukaan korunk ]. Click Ok ! 
2. Select New Vector Layer , nanti layer nya  akan jadi dua.. rujuk gambar untuk lebih jelas..
3. Bila dah ada dua layer , pada New Layer tukar blend mode : Normal to Multiply .
4. Choose Curve Tools , pilih size besar mana mata pensil korunk nak.. kecik ke gadabak ke.. hehe
5. Draw Straight line..
6. Dah draw straight line , sekarang pilih Edit *gambar macam cursor tuh..
7. Drag gambar straight line yang korunk buat tadi mengikut shape korunk , shape muka ,
siap buat muka , then ulang step 4 balik untuk buat mata , hidung etc.. Faham dak ?
Bila diulang-ulang , dan diulang .. Insya'ALLAH dapat rupa doodle yang macam korunk lukis , hehe , lukis kemas-kemas taw.. Kalau ada garisan yang momot-momot tuh , gunakan lah erase tok padam.. >_<
8. Kalau penat , save dulu design korunk , pergi dekat File > Save as > Biar kan type images dalam format SAI > Save ... 
Dah siap buat doodle , mesti nak warnakan pulak kan, Tutorial : Mewarna Doodle .
Selamat Melukis !! :D


Ragam Anak Buahku #3

Hai anak buah aku yang seorang nie.. bukan kemain dia.. haha. Geram sangat taw ! Bila mak teh nak pegang/dukung dia tak bagi,beria melalak sakan.. Dah bagi dekat ibu dia ..Ehhh sibuk pulak dia mengintai dok jengah-jengah Mak Teh... Heyy awak nie... geget karang !!! 
Yang lagi geram dengan si Irdina nie  bila mana , bila kita buat sakat dia , dia buat tak tahu ajee.. macam tak ada perasaan gtuh.. sabar aje... haha aku yang naik geram sebab dia tak bagi respond .. Dia usaha buka sendiri.. Tak melalak pun... Cuma jauh dengan ibu/ayah ajee melalak yer...
1. Gambar pakai tudung tuh - Okeyh itu aku mengaku memang kerja Mak Teh dia.. saja pakai kan tudung busyuk masyam aku dekat Dina.. haha See ,seronok dia pakai.. tak marah.. Apa lagi Snap ! :)

2. Ayah dina solat - Ibu dia kata dia suka sangat tengok orang solat.. ada gambar pakai telekung dia.. Hemm tak nak buka !

3. Dalam diam ku mencuba - LALA , Laptop tuh buat dina tengok Movie Monster Inc . Ibu ke dapur kejap ajee tengok dina wat projek baik punya :D

4. Steering Kereta - Aku pelik lahh budak-budak memang suka main steering kereta ehh ? ? Huh.
5. Mesin Basuh - Ayah Dina letak dalam tuh saja ajee muka dia , aku rasa kalau budak lain dah meraung2 ketakutan duduk dalam mesin nie..

6. Saya dah pandai makan sendiri lah - Wow , dina suka sepah-sepah kan nasi tuh , nanti ibu kemaslah.. haha.. Sejak nak ada adik nie dah pandai bawa diri dah dia...

7. Acah ajee - Dina dah pandai main dengan baby , nak jadi Kakak dah dina nie tak lama lagi.. cuma jangan lepa. budak kalau dah geram di tonyohh kawan tuh..
Hmm , macam-macam ragam anak buah MakTeh yang sorang nie.. Tu belum Damia dengan Akmal lagi.. hukhuk... Tak sangka dah nak masuk 5 orang dah anak buah aku nie.. Seronok Meriah ajee Rumah kalau diowg berkumpul, tu belum dengan bergaduh lagi... :D


Tutorial : Cara Guna New Edit HTML Template

Fungsi Code pada anak panah ( ► 
 1. Template > Edit HTML > tertera banyak code macam nie :
2. Scroll ke bawah ada nampak tak anak panah sebelah nombor ? contoh : 29 Click pada  nanti akan tertera code biasa yang korunk buat edit blog tuh..
3. Jadi boleh lah edit blog macam biasa...




Kotak Seacrh/ CRTL+F Edit Template
 Dulu kita pakai kotak search bila CRTL+F , akan keluar pada bahagian atas kanan blog kita kan , tapi kotak search untuk Edit Template yang baru korunk kena tekan pada box edit template dulu baru tekan CRTL+F... akan tertera kotak search dalam code edit Html Template , Refer gambar untuk lebih jelas..
Untuk Edit html Template yang baru dah takperlu Tick Expand Widget  lagi, sebab semua code dalam tuh sudah pun expand .. harap maklum . Jadi korunk boleh edit macam biasa saja.. :)
Sebenarnya lebih mudah nak edit guna Edit HTML template yang baru nie , cuma still terkial-kial lagi.. maklumlah benda baru yang belum dibiasa kan.. nanti lama-lama okeyh lahh. :)
Selamat Berbloogg dan Meng'Edit' !


Tutorial : PS - Changes the Color Lens of Your Eyes

Ehem2... Jom tukar warna lens mata daripada hitam kepada warna yang korunk suka.. Nurrul tukar warna lens mata jadi merah , nak tengok garang ke tidak , haha rupanya biasa ajee.. :P Sila abaikan budak baju warna merah ini , justikut step nya aja.. ok ? :)
Please Open Photoshop CS3 ,CS4 or CS5 software to make this !
1. File > Open > Choose Your Picture
2. Go to the picture layer > Right Click Mouse > Select duplicate layer. Please refer the picture to more details ,
3. Select Brush Tools > Choose your favorite color...
4. Now, Color the part of your eyes lens...
5. After done coloring , go to filter > Blur > Select Gaussion Blur..
6. Pick the radius between 1-5px or else , Thenpress button ok
7. Go to the normal layer , click it .Please refer the picture to more details ,
8. Select Overlay...
9. Now see the different color of your lens eyes..
10.File > Save Image
LALALA , see tak garang kan aku kalau pakai lens warna merah ? Nampak lagi bergaya gtuh... hahaha :P Cer try korunk punya pulak..


Freebies : Random Header #1

Rasanya dah lama sangat tak bagi freebies header , So , tadi godeh2 dekat Google minta tolong carikan Doodle yang comel-comel ajee , Alhamdulillah ada banyak , cuma main ambil ajee , memang kreatif para doodle yang buat nie.. Terima kasih yer :) Now dekat header nie aku letak random header so ada yang Princess , Muslimah dan Doodle Couple.. Check This Out ! :)
Header Information :
Transparent
Width : 900px
Height :350px
Ada yang bersambung , ada yang tak bersambung

http://i.imgur.com/mmvL9oJ.png

http://i.imgur.com/ssJlMIy.png

http://i.imgur.com/rIefKkM.gif
Kalau nak ambil sila copy url images tuh , masuk dalam header dalam blog korunk okey ? :) Hmm , Kekeringan idea nak tulis apa atas header nie.. so main belasah ajee... Kalau berminat ambillah.. memang nak bagi pun :-) Jangan lupa tinggalkan jejak di sini yer :D Selamat Sejahtera !!


Fakta Kesihatan Mengenai Tapak Kaki Manusia

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik. Wallahualam.




Tutorial : Make Your Own Cursor

Preview :
 photo SamiqaCur_zps85eb9a67.png
Ok , cursor dekat atas tuh , first time buat.. huhu..Takpe , berjaya mencuba! Hmm , Korunk nak buat korunk punya sendiri tak ? Nak tak ? Jom Ikut step yang mudah ini!
1. Pergi dekat Cursor4u ,
2. Pilih cursor yang korunk nak.. simple cursor kalau boleh.. :)
Tiny Finger Point Hand With Hearthttp://cur.cursors-4u.net/nature/images10/nat997.png
Contoh macam dekat atas nie.. [ Save dalam komputer korunk , pergi dekat gambar cursor yang korunk nak then right click tekan save images as.. ]

Sila buka adobe Photoshop , aku guna Photoshop CS3... kalau tak ada download lah dulu.. :)
Jom buat Own Cursor :
1. File -- > Open , cari gambar cursor yang korunk download dekat Cursor4u tadi... Cari jangan tak cari..
2. Dah jumpa click Open !!
3. Cari tool petak dekat atas sekali atau nama nya Rectangular Marque Tool then , Click !
4. Sesudah itu pergi dekat cursor tadi , kalau boleh korunk crop ikut betul-betul petak saiz cursor tuh..
5. Pergi bahagia Edit > Then click Cut !
Alamak ! ada kesalahan di sini.. huk2 ! Kesalahan susunan nombor semasa edit.. tapi still boleh dipakai lagi.. takpe kan ? Step seterusnya sepatutnya step ke 6.. tapi salah nombor jadi Step ke-8..
6. Step ke-8 dlm gambar , Buka File > New
7. Step ke-9 dlm gambar , Sila gunakan kesesuaian bagi panjang dan lebar cursor baru korunk tuh... Aku selalu guna yang comel2.. width : 100px ,  height : 30px dan make sure background color transparent !
8. Step ke-6 dlm gambar, Pada layer baru tadi , korunk click Edit > Paste ! Nanti mucul cursor yang telah korunk edit tadi.. kedudukannya di tengah2 kan ? ?
9. Step ke-7 dlm gambar , Jadi korunk kena tukar kedudukan cursor tuh betul2 di hujung atas kiri dalam layer baru tuh.. Rujuk gambar .. 
10. Next.. click Simbol T  untuk buat nama korunk

11. Kalau tulisan nak bagi cantik lagi.. Korunk Pergi dekat layer tulisan ,right click mouse > choose Bleeding option... Godeh2 sampai puas..
12. Kalau dah puas hati , pergi ke File > Choose Save For Web & Devices
13. Save gambar mesti jenis PNG-24 atau GIF sahaja !!
14. Tekan Save ! Siap sudah cursor kepunyaan sendiri...
Cara dapatkan Url cursor Korunk :
1. Upload lah dalam Photobucket ke , Imagur ke , paling senang upload dalam post blog korunk..
2. Lepas upload dalam post korunk lepas tuh..
3. Right Click pada gambar cursor korunk tuh..
4. Then tekan Copy image url.
5. Boleh lah letak cursor own made korunk dalam blog... Ikut step dalam tutorial Letak Cute Cursor...
Macam mana Jadi tak ? ? ? Harap tuto ini sangat membantu korunk !! Lepas ni boleh buat cursor yang ketip-ketip dan lawa-lawa lah !! Kalau ada sebarang kesulitan , mohon jangan disimpan , insya'Allah aku bantu... :D Selamat Mencuba...


JuruLetih dan Pengadil

Dah habis dengan minggu olahraga minggu lepas , Keputusan penuh hanya dapat 7 emas berbanding tahun sebelumnya... How's Bad ? :( .. Hmm , tak apa lah.. Lupakan cerita olahraga... Dah masuk minggu baru mesti ada cerita baru... Ekeke , ayat minta penampar dushh dushh* Mana nak mula....Selain olahraga sukan lain yang aku minat Handball and Netball.. Minggu nie pulak tuh dua-dua game jalan...   Cerita di sebalik aku yang menyemak sama terpekik terlolong tepi padang untuk Bola Jaring bermula di mana... Jeng , jeng , jeng...
Juruletih ? : 11/03/2013 - Teacher Fatimah@Jurulatih Netball SK Bandar Mas diarahkan menjadi pengadil semasa pertandingan berlangsung.. makanya sebagai anak angkat kononya.. Aku diminta untuk membantu dia untuk meng"handle" / tengok-tengok gaya,cara,rentak players 12 sekolah nie Ok kee tidak*means mana yang kurang jeritan suara lantang/nyaring nie akan kedengaran diluar gelanggang.. :P.. Alhamdulillah,  mereka berjaya meraih tempat ke-2 setelah berhempas pulas berusaha... Hari pun redup saja sepanjang hari.. :)
12/03/13 =
Terima kasih cikgu Hazaman Sponsor baju jersi yg awesome nie.. Red Color, i loike !! :)
Surat Pengadil nie adalah untuk diriku... Rasa macam mimpi ajee jadi pengadil daerah.. hukhuk.. Ini semua hanya untuk menolong Cikgu Ramnahwati@P.Teknik Netball Sek.Men MSSD Pengerang ..Cikgu nak pakai orang.. Join jelah kan..Tambah pengalaman+tak bosan duduk rumah...Duit pun ada masyuk!!
Perasaan/Pengalaman ? Fuhhh !!! Cuak yakkk amat !! mana tidak nya selalu aku nie pemain netball , kini aku sebagai pengadil untuk mengadili perlawanan netball.. kan dua benda yang berbeza tuh... Errk , kekok lain cerita , konpius , teragak-agak pada awalnya.. nasiblah Cik Niza, Cik Rosnah , Cik Serah ,Cik Siti bantu aku melalui isyarat pada mana-mana kesalahan yang aku tak perasan tuh.. :> Terima Kasih sangat-sangat.. Ini pengalaman yang sangat berharga....
Tahniah buat players 15 SMK BandarMas sebab dapat tempat ke-2.. Cuma sedih kecewa korunk tak dapat performed dengan sepenuh usaha dan sehabis baik untuk kekalkan kejuaraan korunk tahun lepas... 
Ada Niat pulak aku nak ambil Sijil untuk jadi pengadil Bola Jaring.. Why Not kalau aku apply kan.. hahaha.. Next mission dalam sambung belajar nanti mungkin ? ? :D Penatnya hari ini , penat semalam tak habis lagi.. lalala.. tengah taip nie beraoa kali duk nguapp ajee.. Nak tidur.. Daa..
Muka Hitam sudah .. Terik hari ini.. Penat duk umah 3 bulan nak putihkan kulit.. turun padang sehari terus lain warna..... huargghh !


Tiada lagi Aksi

Seakan tidak percaya , bila aku menjejakkan kaki ku lagi ke tempat bersenam lari lintang pukang selama 9 tahun sebelumnya.. Kini aku hanya menjadi penonton yang penuh dengan emosi sedih , geram .. blablaa.. Rasa diri bodoh pun ada sebab aku hanya menonton tak lagi bertanding.. Mungkin inilah kerinduan yang aku akan rasakan dan tak mungkin dapat rasakan sama seperti ini lagi pada zaman persekolahan...
Aku datang untuk bersorak pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pengerang/Kota Tinggi kali ke-42 yang berlangsung Selasa lalu 1 April, tapi sorakan aku diselangi dengan genangan air mata... Beginikah yang aku rasakan ? ? Yaaa.. Baru kali ini aku rasa segala perasaan ini.. Tidak ! Tiada lagi Aksi ku di sini ? ?
Alhamdulillah , aku dapat jalankan segala amanah untuk menyumbang pingat kepada jurulatih-jurulatih yang penat melatih aku sejak aku ceburi bidang ini dari darjah 3 lagi.. Masih terdetik dan terngiang-ngiang lagi sorakan yang diberikan oleh rakan-rakan aku semasa aku berlari tahun lepas.. Ohh , hanya Tuhan yang tahu menitis air mata ini merindui segala memori yang terpahat di Stadium Bandar Penawar ini... 
Inilah catatan masa rekod aku untuk 400m kategori perempuan 15 dan 18.. Masih tercatat namaku..Masih belum dipecahkan lagi.. Dulu selalu jurulatih / Cikgu berpesan.. " Jangan tanya apa sumbangan sekolah kepada awak , tapi tanya apa sumbangan awak kepada sekolah " .. Berkali-kali cikgu mengulanginya.. penuh makna yang mendalam.. 
Mungkin inilah kata-kata perangsang mereka sampai sekarang,, Kalu nanti aku ada peluang untuk semua ini.. Aku takkan pernah mengelak !!
Miss this Moment Damn !!




Freebies : Background Pastel

PastelDot1 photo pasteldots1_zpsb1b70e1f.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldots1_zpsb1b70e1f.gif
PastelDot2 photo pasteldots2_zpsfc46c1f5.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldots2_zpsfc46c1f5.gif
PastelDot3 photo pasteldots3_zps3c9973f4.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldots3_zps3c9973f4.gif
PastelDot4 photo pasteldots4_zps50188014.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldots4_zps50188014.gif
Pasteldotred photo pasteldotred_zps549df1c9.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotred_zps549df1c9.gif
Pasteldotpurple photo pasteldotpurple_zps05294442.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotpurple_zps05294442.gif
Pasteldotpink photo pasteldotpink_zpse88080eb.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotpink_zpse88080eb.gif
Pasteldotgrey photo pasteldotgrey_zps097446ce.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotgrey_zps097446ce.gif
Pasteldotbw photo pasteldotbw_zpsecfd1a9c.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotbw_zpsecfd1a9c.gif
Pasteldotblue photo pasteldotblue_zps657ba697.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotblue_zps657ba697.gif
Pasteldotgreen photo pasteldogreen_zps27895d10.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldogreen_zps27895d10.gif
Pasteldotoren photo polkadotoren_zps39cc3dbd.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/polkadotoren_zps39cc3dbd.gif
Pasteldot photo pasteldotyellow_zpsb68e2f24.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/pasteldotyellow_zpsb68e2f24.gif