Test power @ seikhlas hati
Bercinta memanglah mudah , namun untuk menjaga dan mempertahankan sesebuah cinta itu sebenarnya agak sukar. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui. Makin lama bercinta makin berat dugaan yang mendatang.Walaubagaimanapun , bagi yang benar-benar saling menyayangi dan ikhlas dalam perhubungan , apa jua yang mendatang pasti dapat dilalui dengan mudah !
Namun , bagi yang belum cukup kuat , hati-hatilah menghadapi cabaran yang mendatang. Jangan jadikan cabaran serta dugaan sebagai pemusnah cinta yang telah dibina.Berikut merupakan peringkat-peringkat yang harus kamu tempuhi....
Peringkat Pertama
[ sebulan ketiga bulan bercinta ]
Di awal percintaan masalah yang paling biasa ialah berkomunikasi.
Mungkin kamu berdua baru mengenali antara satu sama lain, jadi komunikasai agak kurang dan terhad. Ia lebih kepada menjaga hati.
Kalau bercakap, hanya yang baik-baik sahaja. Manakala yang tidak suka , semuanya disimpan dalam hati.Lebih teruk kalau bergaduh masing-masing tidak mahu meluahkan apa yang terbuku dan cara yang terbaik kamu selesaikan masalah dengan merajuk.
Atasinya : Di awal percintaan ini kamu harus banyak berterus terang terutama tentang apa yang kamu suka dan tidak suka. Jangan hanya berdiam diri dan mengharapkan si dia akan berterus memahami kamu.Peringkat pertama inilah seharusnya kamu menggunakan sepenuhnya untuk mengenali antara satu sama lain.Sekiranya kamu hanya berdiam serta menerima semuanya biarpun kamu tidak suka dan ia berlarutan sehingga berbulan-bulan , barulah kamu meluahkan itu akan membuat hubungan kamu semakin parah !
Peringkat Kedua
[ empat bulan ke tujuh bulan ]
Kebiasaanya bila usia percintaan masuk empat ke tujuh bulan kamu dan si dia akan berhadapan dengan masalah untuk menerima kekurangan masing-masing. Di awal percintaan semuanya terkawal dan kekurangan diri tidak ditonjolkan sepenuhnya...
Namun makin lama, makin banyaklah kekurangan yang akan terbongkar baik kamu mahupun dia.Misalnya , kamu baru tahu pasangan kamu tidak suka mandi , panas baran , dan macam-macam lagi, Tidak ada orang yang boleh menyembunyikan sifatnya yang sebenar lebih dari empat bulan..
Atasinya : Kamu jangan rasa tertipu ataupun rasa menyesal memilih si dia setelah mengetahui kekurangannya..Begitu juga dengan si dia.. SEMUA ORANG ADA KEKURANGAN DIRI. selagi kekurangan tersebut boleh diterima akal kamu cubalah untuk menerimanya dan langkah sebaiknya kamu cuba membantu si dia untuk berubah. Perkara biasa yang selalu bermula di awal percintaan , semua orang menjadi yang terbaik di depan orang yang dicintai.. Oleh sebab itulah , di awalkan tak nampak diri nya yang sebenar :)
Peringkat Ketiga
[ lapan ke setahun ]
Masalah kamu di peringkat ini ialah mula terasa diri kamu sedikit diabaikan. Sekiranya dulu setiap hati kamu da si dia bersama dan setiap masa si dia menghubungi kamu , tetapi bila makin lama bercinta bertemu pun cuma seminggu sekali atau dua kali sahaja. telefon cuma sekali sehari. Perkara ini yang sering buat kamu bertengkar dan berselisih faham.
Atasinya : Bila sudah masuk tahap ini biasanya lelaki kurang beri perhatian pada kekasihnya. Namun bukan beerti dia tidak sayang , tetapi si dia perlu kembali memberi perhatian pada semua orang yang ditinggalkannya sepanjang proses memikat kamu. Misalnya kalau sebelum mengenali kamu dia seorang pemain yang aktif dalam pemrainan bola sepak atau mempunyai sahabat karib.
Semasa proses memikat kamu , sudah pasti dia terpaksa meninggalkan minatnya da kurangkan bersama sahabat baiknya kerana mahu menghabiskan masa bersama kamu. Jadi tibalah masa si dai untuk kembali kepada hobi asalnya. Kamu harus memahminya tetapi si dia diingatkan si dia boleh melakukan apa sahaja yang disukainya tetapi tetap perlu ada masa untuk kamu.. :*
Peringkat Keempat
[ setahun ke dua tahun ]
Apabila sampai di peringkat ini ujian yang paling berat kamu akan hadapi ialah kehadiran orang ketiga.
Ia sememangnya selalu berlaku pada kebanyakan orang.Di saat telah bertemanlah ramai orang yang menawarkan diri menjadi kekasih.
Dulu semasa 'single' tidak ada pula orang yang datang...
Atasinya : Biar pun mungkin orang ketiga itu datang lebih baik dari si dia seperti punya kedudukan , rupa yang kacak dan sebagainya namun kamu jangan mudah beralih arah.Cantik di luar belum tentu orangnya baik.Di sinilah kamu harus buktikan kesetiaan kamu padanya dan selalu ingat selagi si dia masih menyayangi kamu serta masih setia kepada kamu, tidak ada sebab untuk kamu meninggalkannya. Jangan terlalu kejar kebendaan dan paras rupa yang tampan kerana itu tidak menjamin kebahagiaan..
Peringkat Kelima
[ dua tahun dan seterusnya ]
Biarpun usia hubungan kamu semakin matang, namun jangan terlalu yakin kamu telah terlepas dengan ujian panas cinta.Ada satu lagi ujian yang kamu harus tempuhi iaitu perasaaan jemu.
Apabila telah terlalu lama menjalinkan hubungan cinta dengan orang yang sama sesiapa pun tak akan dapat lari daripada perasaan jemu dan bosan.Bila perasaan bosan datang , maka mulalah apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena sehinggakan pantang berjumpa kamu dan si dia seperti anjing dan Kucing !
Atasinya : Bagi mengatasi masalah jemu dan bosan ini caranya ialah sentiasa melakukan perkara-perkara baru dalam perhubungan .
Kalau setiap hari akan berjumpa di kedai yang sama , pergi ke tempat yang sama dan lakukan aktiviti yang sama sudah pastinya kamu dan si dia akan rasa bosan. Cuba ubah rutin harian kamu dan si dia.
Misalnya pergi ke tempat baru untuk makan dan kalau selalu tengok wayang ajak lah pula si dia bermain boling.Hidup mestilah selalu mempunyai kelainan dalam sesuatu rutin , barulah sentiasa ada rasa 'happy' apabila bersama si dia.. :))
Nota kaki : Jadi saling memahami , berterus terang , toleransi amat diperlukan dalam menghadapi segala masalah yang mendatang...selamat maju jaya dalam percintaan korunk !doakan NURRUL HAZIEQAH bersama NOR AFIF JAZIMIN NOR AHMAD kekal selamanya duniawi dan ukhrawi yer :))
akak da 6thun pun rasa xstabil lagi ni.. kdang2 susah nak btolak ansur.. -.-
ReplyDelete@Izara4eva™ Betul lah kak Ara , tapi adik tengok akak ngn cik Eit Sweet gtuh...
ReplyDelete*apa2 pun kekuatan hati yang penting kan.. :D
adat orang bercinta kan,kejab tenang,kejab dingin..kalau asyik tenang jerr macam tak best plak..:) kan? even sys dah 3 tahun pun,kadang ada juga dingin.tapi syukurla si dia ni air,sys in api..dalam apa mslh,kdng dia lbh matang.mybe sbb kami 2 anak sulung n umur yg sebaya.:) pape pun,kte sbgai manusia,hnya mampu berdoa dan usaha..selebihnya terletak pada Urusan Allah..Sya doakan yg terbaik untuk nurul juga..thnk sharing dear :)
ReplyDeleteTq kak utk sharing tu...betoi gak apa yg kak sampaikan...saya skrg di peringkat ketiga... alhamdulillah smp skrg saya dan dia ok saja...cuma skrg dia dh busy....saya fhm situasi dia..cuma terasa gak sbb dia kurang perhatian kt saya😓..insyaallah saya akan always survive serah kat Allah...hope jodoh kami kuat
Deletesaya dah tak boleh buat itu semua kerana saya single dan susah terima orang dalam hidup saya.
ReplyDeleteSkrg saya di peringkat 4 tu.yup.org ketiga datang mengganggu x kiralah pada pihak saya atau si dia... :( doakan saya berjaya melepasi ujian cinta ini. :)
ReplyDeleteBtul apa trtulis.. kena sangat situasi saya. 1tahun dah tp salah sy kurang beri perhatian. dia mula jd xda hati. Minta putus dan sy merelakan walau pujuk mcmmana pun. Dlm sbulan sudah ada knalan. Mungkin semasa sy kurang beri,knalannya memenuhi kehendak dia. sekarang dia jadi menyampah dgn sy, apa sy cuba serba tak kena. Sy skrg tgh fikir adakah perlu usaha lagi atau redha. sy siap g merisik personal dgn family dia utk bukti sy serius. Tp dia tolak. Wlaupun ibu bpanya kata brsbr,beri dia masa tp sy xtau pe nk buat.
ReplyDeleteNasihat sy pd lelaki : jgn pernah abaikan gadis anda. Jika mahu cpt kawin ke tunang. Wanita nk action not words. Hati bila2 boleh brubah. Jgn trlmbt mcm sy. In sya ALLAH sy hrp dia jd jodoh sy and sy hrp suatu masa nanti hati dia trbuka utk sy. mudah mudahan. Aamin~